Wednesday 1 November 2017

Novella Montel : CITRA HIDUP

"Fina!!! Tunggu!!! Sarafina Raudhah Romlee!!!!", terdengar satu suara nyaring memanggilnya di belakang.

Langkahnya terus terhenti. Dia menoleh ke belakang.

"Nak apa??!!!", jawab Sarafina dengan nada bengang.

Sarafina Raudhah Binte Tan Sri Haji Romlee atau Fina. Dikenali sebagai Sarafina Raudhah Romlee..Identiti papanya sengaja disembunyikan. Tak suka dilabel sebagai seorang anak Tan Sri yang kononnya macam bagus aka DIVA..seperti watak antogis di dalam drama Melayu di tv. Bosan. Dia lebih suka hidup yang biasa-biasa sahaja.

Oh ya! Dia pun tak nampak seperti anak orang kaya kerana tubuhnya yang gempal dengan ketinggian setakat 1.61m. Baginya sangat pendek. Kementot, komen abangnya. Pakaiannya ke universiti pun ringkas aje; setakat berseluar jeans dan t-shirt. Naik bas atau tren untuk ke mana-mana melainkan menumpang kereta sahabatnya.

"I warn you..Jauhi Tengku Syafiq Nazry...He's mine!!!", bentak Rahayu kuat.

Itu Rahayu Binte Datuk Sri Dr Rashid Ul-Haq. Anak doktor pakar bedah dan pengarah bank. Very stylist. Perangai? Diva selalu. Dia adalah temanita pada Tengku Syafiq Nazry Bin Tengku Syafiq Aiman. Siapa tu Tengku Syafiq Nazry??? Nanti boleh cerita.

Sarafina menggaru kepalanya yang tak gatal. Baru semalam dibasuh rambutnya dengan shampoo buatan Itali. Adik papanya, Datin Dr Romlah belikan semasa bercuti ke Itali dua bulan lepas.

'Apa masalah minah senteng nie??', bisik hati Sarafina.

"Hey!!! Mengelamun pula minah gendut nie...", bentak Rahayu kuat.

Tersengih-sengih Sarafina dibuatnya. Mengelamun ke..berangan ke..bukan kena bayar pun. Suka hati ah. Aksi Sarafina membuat hati Rahayu semakin membara dan bengang. Sarafina tahu kerna Rahayu beredar dari depannya dengan menghentak kakinya yang panjang itu. Boleh blah ah minah senteng heh.

Jam di tangan Sarafina pandang. "Alamak!!! Aku dah lambat!!! Issshhhkkk...Ini semua minah senteng tu punya pasal aaah..", ngomelnya sambil berlari ke arah dewan kuliah.

"Hah!!!! Ini lagi satu masalah sosial. Asal lambat???!!! Ini yang saya paling TAK SUKA..Manusia yang tak reti atur masa.."

Itu dia suara cengeh pensyarah tampan lagi bergaya..muka mirip itu pelakon Idris Khan jugak..yang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan..tak termasuk Sarafina lah ehk..Siapa lagi kalau bukan Professor Dr Tengku Syah Nasrul Bin Tengku Syafiq Aiman atau Prof Syah in short. Adeeeyyy..Ada juga studen nakal yang memanggilnya "Lion King". Si Aira yang mulakan nickname itu. Bukan Sarafina ehk!

Terhenti langkah kakinya. Terkejut, baby tau! Tak romantik ah camnie, Prof Syah! Sarafina hanya mampu tertunduk bila disergah begitu. Sunyi keadaan dewan kuliah. Kenapa ehk?? Malaikat jalan ke?? Ooopppsss lupa..Singa sedang mengaum..kat Sarafina..siapa lagi!

"Saya..Saya..", tergagap Sarafina dibuatnya. Tangan pun dah berpeluh sejuk. Dahsyat sergahan tuan singa.

"Saya APA??? Lepas kelas, jumpa saya di bilik saya..Dah..Pergi duduk kat tempat awak..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul sinis.

Sarafina angguk tanda faham. 'Mampuih..Konfirm kena potong markah next assignment..KEJAM!' kutuk hatinya. Cepat-cepat Sarafina ke tempat duduknya.

"Kau asal lambat tadi pagi..??? Sengaja cari pasal dengan Lion King ehk???", tanya Aina Aulia Rodrigues Binte Alan Aliman Rodrigues, sahabatku sejak tahun pertama universiti sambil mengunyah kentang goreng bersos cili.

Eeeh eeeh mek geragu nie..mulut no insurance..I don't like it, mek!

"Aku terserempak dengan minah senteng tu..selain terlambat bangun..Kiara tu takde kelas pagi ini..Tu yang tak kejut aku..Tu yang buat aku lambat..", ujar Sarafina sambil mengelap peluh di tengkuk.

Siapa Kiara??
Itu sepupu Sarafina yang satu universiti dengannya. Kiara Musliha Binte Datuk Kamal Mustapha. Anak pada adik lelaki arwah uminya. Kiara tinggal sebilik dengannya..menggantikan tempat Sarafinaz Rohaida atau kak Inaz yang sudah berumahtangga dan pindah keluar..Itu untuk sepanjang pengajian Kiara di universiti kerana orang tuanya masih tinggal di New Zealand.

'Adeeeeh..Panas dunia ini semakin dekat kiamat..', getus hati Sarafina.

"Ooooohhh..Tapi aku pelik ah, Fina..Asal si Lion King tu asyik nak 'bahan' kau aje ehk..Aim kau since first year tau..Itu aku noticed..", ujar Aina curiga sambil mengelap jarinya dengan tisu basah.

Sarafina hanya menjongketkan bahunya sahaja.

"Entahlah, mek..Manalah aku tahu..at the same time, aku pun TAK MAHU tahu kenapa..Biarlah Prof Syah tu..", jawab Sarafina malas.

'Sarafina Raudhah..Indah sungguh nama itu..Seindah wajah comelnya..Lurus bendul..Nakal..Suka buat hati ini geram cam nak cubit-cubit pipi montelnya itu..Angau teruslah aku nie..Syah..Syah..Jadi bujang lapok lagi kau..', bisik hati lelaki bernama Tengku Syah Nasrul.

"Apa yang disengihkan??? Berangan ehk..", usik Professor Dr Haji Imran Al-Bukhari.

"Iiiissshhhkkk kau nie..main terjah aje bilik aku nie..Salamnya mana??? Ketuk pintunya mana???", tegas Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil mencebik.

"Aku dah beri salam..Dah ketuk pintu cam nak rak ah..Kau aje yang berangan sakan...Kongsi lah cerita..Kongsi lah..Sharing is caring tau..", usik Professor Dr Haji Imran Al-Bukhari..

"Jangan nak merepek..Apa kau nak??", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul mengelak..

"Jom malam nie futsal tempat biasa..Si Johan belanja tempat..Aku tumpang kereta kau ah..Kereta aku umi aku nak pinjam pergi usrah..Kau ambil aku kul 8 malam..", ujar Professor Dr Haji Imran Al-Bukhari selamba.

"Yelaaaaahhh..Tunggu sampai aku datang..", jawab Professor Dr Tengku Syah Nasrul ringkas.

"Fina suka abang Naz ehk??", tanya Aira, adik si Tengku Syafiq Nazry Bin Tengku Syafiq Aiman.

Tengku Syafiqah Aira Binte Tengku Syafiq Aiman atau Aira adalah sahabatku yang sorang lagi. Anak bongsu. Very manjeeee tapi, sempoi. Berpakaian pon simple cam Sarafina walaupon harga sekeping t-shirt dan jeans beribu ringgit. Biasalah anak kerabat.

"Iiiissshhhkkk..Apa Aira merepek nie?? Mana ada..Kenal muka aje pun..Tak pernah duk berborak atau mengopi pon..Suka mananya sey..", ujar Sarafina sambil mencuci tangan.

Mengeluh Aira sambil membelek mukanya di cermin. 'Dah cantik kulit tu..Setiap bulan buat facial..mana tak halus mulus..', bisik hati Sarafina.

"Aira kenapa??", tanya Sarafina pula.

"Bukan apa..Kak Ayu tuuuu..Asyik merajuk aje dengan abang Naz..Abang Naz tertekan ah..Mana nak fikir final exam..Mana nak fikir matair merajuk..Kesian..", komplein Aira.

"Kalau camtu, suruh aje dorang bertunang..Kalau tak, terus nikah..Tak tertekan cik abang tu..Tak rasa insecure cik adik tu..", ujar Sarafina selamba.

"Ya tak ya ehk..Fina memang BFF Aira yang genius..Nanti Aira beritahu mama..", ujar Aira ceria.

Sarafina hanya mengelengkan kepala. Haiiiizzzz..Masalah kecil camtu pun nak kecoh..macam masalah negara gitu.

"Assalammualaikum..Ini Sarafina Raudhah, anak Haji Romlee kan??", sapa seorang lelaki berkulit hitam manis semasa Sarafina sedang bersarapan di kafe universiti.

Terawal bangun pula hari ini. Sambil menunggu Aina dan Aira, Sarafina bersarapan dulu. Alaaaah hanya milo panas dan roti bakar mentega aje.

"Iya..Maaf..Waalaikumsalam..Saudara siapa??", tanya Sarafina masih terpinga-pinga kerana tak kenal gerangan pemuda di depannya.

Tersenyum manis lelaki itu menampakkan lesung pipit. 'Manisnya..Macam Fizz Fairuz..', hati Sarafina memuji..Adooooiiii..Geletis sungguh kau, Fina!

"Abang dulu pernah ngaji kat rumah Raudhah..masa tingkatan empat..masa tu Raudhah masih di darjah tiga..Mesti dah lupa abang nie...", ujar lelaki itu mesra.

"Hmmmm..Iya ke?? Maaf..Fina tak ingat..Panggil Fina aje..Nama abang apa??", ujar Sarafina.

Sebenarnya Sarafina terpesona dengan mamat tall, dark and handsome di depannya ini..Anak siapa lah nie..Bergetar tulang rusukku, papaaa..Gatal anak dara Haji Romlee..Hehehe..Memang pon..bila berdepan dengan si tall, dark and handsome ini..

"Nama abang Taufiq Farhan..Dulu Raudhah..oooppsss maaf..Fina panggil abang as Abang Han...", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan.

Itu Professor Datuk Dr Taufiq Farhan bin Taufiq Naufal. Lulusan universiti terkemuka di US. Bertahun menetap di Las Vegas sambil mengajar di sebuah universiti di sana. Mengharumkan nama tanahair. Itu yang dapat pangkat 'Datuk' ketika usia masih muda lagi.

"Oooohhh...Buat apa kat sini??", ujar Sarafina sambil mengunyah roti.

"Mengajar..Apalagi..Baru masuk semester ini..Fina pula??", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sambil mencicip kopi o panas.

"Final year..Diploma aje, abang Han..", ujar Sarafina sambil tersenyum.

'Comel jugak budak montel ini..Dahlah pandai mengaji..Ini juga budaknya yang muda-muda dah pandai masak..Tegas umi Sarah dulu bila bab memasak. Mana aku tau?? Aku sempat skodeng deknie..Hehehe..Untung siapa yang bakal memilikkinya..', bisik hati lelaki bernama Professor Datuk Dr Taufiq Farhan.

"Fina masih tolong umi Sarah jualan?? Masih masak sambal sotong??", tanya Professor Datuk Dr Taufiq Farhan lalu menyuap secubit roti canai ke mulut.

Tertunduk Sarafina. Sedihlah wey. Sayu Sarafina terkenang arwah uminya. Airmata berlinangan. Sarafina mengesat airmata dengan belakang tapak tangan.

"Fina! Fina! Kenapa nie???", tanya Professor Datuk Dr Taufiq Farhan risau bila melihat keadaan Sarafina.

"Umi..Umi..", tersekat-sekat suara Sarafina.

"Kenapa dengan umi Sarah??", tanya Professor Datuk Dr Taufiq Farhan risau.

"Umi dah tak ada, abang Han..Dah lima tahun..Kanser usus..", ujar Sarafina perlahan lagi sayu.

"Maafkan abang Han..Abang Han tak tahu..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan simpati.

"Ehem..Ehem.."
Tercegat dua sahabat Sarafina..Aira dan Aina sambil berdehem.

Melihat Sarafina mengesat airmata, kelam-kabut Aina duduk di sisi. Dipeluk erat sahabatnya itu.

"Encik dah buat apa dengan sahabat saya??? Encik hina badan montel dia ehk??? Lebih baik Encik mengaku..CEPAT!!!", bentak Aira bengis.

"Eeeehhh..Mana abang hina badan Fina..kan, kan, Fina???..Awak nie cik kak jangan main tuduh aje..Tanpa bukti, boleh jatuh fitnah tau..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan serba-salah tapi tegas.

'Cantiknya cik Singa nie..asal lah garang nah perempuan zaman sekarang ehk??..Anak siapa lah yang jelita nie..bibir tu cam bibir Angelina Jolie..Geramnya..Cam nak dicium-cium gitu..Sabaaaar, Han..Istighfar..Istighfar..', bisik hati Professor Datuk Dr Taufiq Farhan..Farhan, mana satu nie..Sarafina ke cik Singa??? Jangan main-main, Farhan!

"Aira, dia lecturer baru masuk kat sinilah..Taufiq Farhan..Anak murid Haji Romlee dulu..", ujar Sarafina lalu mendongak memandang muka bengang si Aira.

Terhenti lamunan Professor Datuk Dr Taufiq Farhan.

"Haji Romlee siapa pulak?? Adoooiiii..Tok Penghulu kampung mana pula??", tanya Aira terpinga-pinga.

"Iiiiissshhhkkk kau nie..Tan...ooopppsss maaf..Haji Romlee tu kan father Fina..", ujar Aina.

"Ooooohhh..Haah ehk..Tan...ooopppsss maaf..Papa Fina nama Haji Romlee..Abis, asal kau nangis nie???", ujar Aira sambil tersengih.

"Abang Han tanya pasal umi...", ujar Sarafina sayu lalu tertunduk.

"YANG ENCIK TANYA SOALAN SENSITIP INI KENAPA??? Kan dah nangis anak dara orang nie..Akaiii ada kah..", ujar Aira bengis.

"Mana abang tahu umi Sarah dah takde..Yang awak cik kak, tak boleh ke cakap lembut sikit..Saya ini lecturer..BUKAN adik pada kucing awak kat rumah tu..Sudahlah! Boleh biul layan awak nie..Harap bibir aje seksi cam Angelina Jolie tapi piil kalah Shrek..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan lalu bangun dan beredar dari situ.

"KAUUUUU!!!!....AAAARRRRGGGGHHH..Geramnya akuuuu kat dia tuuuu...", jerit Aira kuat.

Tertoleh beberapa pelajar kat situ bila terdengar jeritan meroyan si Aira.

"Dahlah..Simpan geram tu..Orang tengok kau memekak..Memalukan lah..", komen Aina pula.

"Fina!!! Sarafina Raudhah Romlee!!!", terdengar teriakan suara garau lagi bengis itu.

Terhenti langkah mereka bertiga lalu menoleh. Dah macam gaya Charlie's Angels gitu..Akak suka..Sukaaaa..Seksiiii!!!

"Hey! Apa kau cakap kat Ayu??? Kau suka aku??? Cinta aku?? Hey, gemok! Kau dengar sini ehk..Kau jangan mimpi lah aku nak suka kat kau..Dahlah gemok..Cermin muka kau tu..Kalau takde cermin kat rumah, let me know..Boleh aje aku belikan..", bentak kuat Tengku Syafiq Nazry.

Orang yang lalu-lalang hanya memandang sekilas sambil tersenyum sinis. Sarafina rasa terhina sekali dibentak begitu. Apa hal mamat sengal nie???

"ABANG!!!! Apa abang Naz merepek nie??? Bila masa Fina ini kata camtu kat Ayu..???", bentak Aira meminta kepastian.

Sarafina hanya mampu tertunduk sambil mengesat airmata LAGI. Hari ini hari airmata Sarafina gugur ke..Dibentak satu hal..Dihina pula lagi satu hal. Aina erat memeluk bahu Sarafina.

"Semalam..after lecture..", ujar Tengku Syafiq Nazry ringkas.

"Apa kak Ayu tu merepek..Semalam seharian Aira ada bersama Fina dan Aina..after lecture kita ke mall..duk kat Starbuck sampai papa Fina habis meeting..Bila masa pula Fina jumpa kak Ayu??? Agak-agak ah menuduh..Tanpa bukti, boleh jatuh fitnah tau, Abang!", ujar Aira tegas.

"Amboooiiii..Celok ayat abang Han nampak..", usik Aina.

"Abang Han???", tanya Tengku Syafiq Nazry sambil renung tajam ke arah Aira.

"Not now, Aina..Stop it!", jawab Aira tegas. Orang tengah hangat satu badan, Aina nak bahan dia pula..Mek, akaiii kat lutut kah!!!

Mereka bertiga sambung melangkah kaki tanpa menghiraukan Tengku Syafiq Nazry yang bengang itu..Nak percayakan kekasih hati..atau..adik sendiri..Iiiissshhhkkk..Bengang!! Bengang!! Bengang!!

"Aaaarrrrggghhhh!!!", hanya terdengar suara kuat Tengku Syafiq Nazry melepaskan tekanan di jiwa.

Itu dia, lelaki idaman ramai. Tengku Syafiq Nazry Bin Tengku Syafiq Aiman. Dengan ketinggian 1.85m dan tubuh sasa, dia seperti model Calvin Klein bila berjalan. Bergaya habis. Wajah mirip pelakon Syed Adli..Peminat tegar motorsikal kuasa tinggi. Menunggang Ducati hitam ke uni. Sayangnya, hatinya sudah dimilikki. Oleh siapa?? Siapa lagi kalau bukan si Rahayu aka Minah Senteng tu.

Shhhh..Sebenarnya, dia cinta hati pertama Sarafina..Ok..Ok..Crush aje! Aira tak tahu..Aina pun tak tahu..Biarlah RAHSIA!

"Gila! Kau jangan ambil hati ehk, Fina..Abang Naz tu dah biul kot..", pujuk Aira.

Tiga tahun kemudian...

"Korang kerja kat mana??", tanya Aina pada Aira dan Sarafina.

"Aku sambung buat degree..Baru first year..Lambat register masa enrolment dulu..Padan muka aku..hehehe..Kau lak?", ujar Aira.

"Aku bekerja kat kilang makanan bonda..sebagai kerani biasa..Aku nak mula dari bawah..Cari pengalaman..Right now, sepupu aku, Raul Rodrigues yang fully assisting bonda bersama isterinya, kak Milah..", ujar Aina lalu menyedup jus oren.

Bonda Aina tu Datuk Sharifah Norwati, pengusaha rempah ratus beku dan kek batik Sarawak. Ayah Aina dah lama meninggal dunia di Portugal; ketika Aina berusia lima tahun..Seorang askar..Itu yang buat bonda Aina pulang semula ke Malaysia bersama Aliman Anwar iaitu anak yang sulung, Aina Aulia dan di dalam perutnya ketika itu, si Aida Amani. Nasib baik keluarga bonda Aina terima mereka berempat dengan baik.

"Aku buat part-time degree..sebelah malam..Degree in Accountancy..Tinggal satu tahun setengah..Siang aku ada kat kedai makan arwah umi..Tolong abang Safi dan kak Nura..Bila korang senang, korang singgah ah..Sambal sotong adalah menu paling laris tau..Tengok ah siapa yang masak..Cik Sri Sarafina Raudhah..Jangan kata akak tak habak..", ujar Sarafina pula lalu ketawa..

"Tan Sri baik??", tanya Aina sambil membelek kek lapis rainbow di depannya.

"Camtu juga..Kekadang ada juga ke opis..Hal syarikat kak Inaz fully uruskan dengan suami dia, Abang Saufi..Papa pantau dari jauh je..Tengku daddy baik??", tanya Sarafina pula pada Aira, sambil mengacau air guna straw.

"Daddy aku tu camtu ah..Busy selalu..Malaysia-London..Malaysia-Dubai..walaupun Abang Nazril fully uruskan hal syarikat..tetap daddy nak menyibuk jugak..Katanya dah biasa sibuk, bila tak sibuk cam weird gitu..", ujar Aira lalu menyuapkan apple pie ke mulut.

"Abang Naz kau??? Masih kepala angin???", tanya Aina sinis.

"Dektu??? Lansung tak menolong daddy lepas grad..Boleh dia buka syarikat sendiri 6 bulan lalu..bertatih lagi tu..Lebih kepala besi dari abang ngah..Daddy dah tak tau nak buat camner dengan abang Naz..", ngomel Aira.

"Nasib baik abang Naz tu dah tunang dengan Rahayu tu..Jadi, jarang lekat kat rumah..kalau tak, asyik konflik dengan daddy..Bercekau harimau..Bingit aku kekadang..", ngomel Aira lagi.

"When their big day??", tanya Sarafina lalu menyuap cheese cake ke mulut.

"End of the year..Grand wedding..of coz..Me and my beloved Tengku Syafiq Nazry..my Prince Charming..", tetiba terdengar suara yang tak asing lagi..Very diva lah sangat.

Ketiga-tiga mereka menoleh. Tercegat di belakang mereka siapa lagi kalau bukan Rahayu Binte Tan Sri Dr Rashid Ul-Haq. Sudah menjadi seorang arkitek. Mencebik muka Aira melihat bakal kakak iparnya. Memang tak sebulu dengan Rahayu. Aina memandang Sarafina. Sarafina hanya menjongketkan bahu.

'Prince Charming lah sangat..Unta gurun lagi hansem lah weeeeyyy..', kutuk hati Aira.

"I tadi lalu kat luar..Nampak cam the Three Musketeers kat uni..Tu yang masuk kafe ini..Sekali BETUL!! Wow! Korang bertiga memang sahabat dunia-akhirat ehk..", sindir Rahayu sadis.

Sepi. Tiada sesiapa hendak membidas kata Rahayu. Semua dah tak kuasa nak melayan karenah Rahayu. Reaksi camtu  buat Rahayu makin bengang.

"Well..I have to go now..More shopping to do..See you when I see you..Byeeeee..", ujar Rahayu lalu beredar.

"Apa masalah dektu ehk???", tanya Aina penuh kehairanan.

"Unknown Mental Disorder..Sen..Teng..Hahahaha..", ujar Aira lalu ketawa.

Aina dan Sarafina turut ketawa. Ada-ada sahaja si Aira ini. Mengutuk bakal kakak ipar sendiri.

Di banglo keluarga Aira...

"Aira, cuba tolong mommy siapkan barang hantaran abang Naz nie..Jangan asyik mengadap komputer..Tak letih ke mata tu..", ujar Tengku Syahirah, mommy Aira.

"Mommy, Aira mengadap komputer buat assignment yang..entah Professor keluaran hutan mana tu..beri berlambak assignment..Deadline within 2 months tau..KEJAM betul manusia camtu!!! ZALIM tahap gaban tau..Dahlah tu..LION KING..mengaum aje pandai..Menciiii!!!!", komplein Aira sambil menjeling pada abang keduanya..siapa lagi kalau bukan Professor Dr Tengku Syah Nasrul.

"Hmmm...Syah rasa macam nak deduct markah 10% dari studen yang mulut lancang macamnie lah, mommy...Apa pendapat tuan hakim pencen..??", ujar Syah selamba sambil mengurut dagunya.

"Mommy tengok..Mommy tengok..Zalim kan Professor Aira??", rengek Aira sambil mencebik.

"Syaaaaaah..Stop it ehk..Aira sweetheart, angah tu hanya mengusik aje..Jangan ambil hati ehk..", pujuk Tengku Syahirah sambil dipeluk bahu anak bongsunya erat.

Tengku Syahirah Binte Tengku Syamsul Bahri. Mommy si Aira, Nazry, Syah dan Tengku Syah Nazril. Mantan hakim. Bersara awal untuk menumpukan perhatian pada anak-anak. Seorang yang tegas tapi, boleh kompromi.

"Apa yang kecoh nie??? Sampai kat luar boleh dengar..Tak malu ke kalau jiran sekeliling dengar???", tetiba dengar suara garau Tengku Syafiq Aiman Bin Tengku Bendahara Syah Ilham.

Tengku Syafiq Aiman Bin Tengku Bendahara Syah Ilham. Daddy mereka berempat. Seorang taikun hartanah. Bekas pensyarah universiti. Seorang yang pendiam, tegas dan selalunya, tak mudah kompromi dengan anak-anak especially when education is concerned.

"Abang nak kopi??", tanya Tengku Syahirah lembut.

"Boleh jugak..Memang dahaga nie..", ujar Tengku Syafiq Aiman.

"Adik nie suka merajuk dengan angah tu..Dah dia Professor kat uni tu..Mesti beri assignment kan?? Dah..Dah..Jangan buat muncung itik camtu..Dah tak cun nanti Angelina Jolie daddy nie..", pujuk Tengku Syafiq Aiman pada anak bongsunya yang memang sensitip, manja terlebih tapi garang tak agak-agak especially bila mengamuk.

Masih dia ingat lagi masa Aira mengikuti kelas karate dulu. Dibelasah anak kawannya itu semasa latihan..sampai menangis dan deman seminggu budak tu. Taufiq Ridhuan Bin Taufiq Naufal. Itulah nama budak lelaki itu.

"Airnya, bang..", ujar Tengku Syahirah sambil meletak secawan kopi o panas depan suaminya.

"Terimakasih, sayang..", ujar Tengku Syafiq Aiman mesra.

Mencebik Aira. Mulut muncung ke depan semula.

"Kenapa nie??", tanya Tengku Syahirah.

"Daddy panggil mommy 'Sayang'..abis Aira apa??", ujar Aira sambil mencebik. Merajuk.

Terketawa Tengku Syafiq Aiman. Tengku Syahirah hanya menggelengkan kepala. Memang manja sangat anak bongsunya.

"Alaaaah..Aira sweetheart daddy pe..oklah tu..", ujar Tengku Syafiq Aiman sambil tersenyum. Dibelai rambut anak daranya.

"Oh iya..Sayang ingat tak budak yang Aira belasah masa kelas karate tu dulu?? Taufiq Ridhuan..Anak BFF awak...siapa namanya tu??? Hah! Hidayah Aira dan Taufiq Naufal..Sampai nama anak perempuan kita pun awak nak letak nama 'Aira'..tak letak, nak merajuk sakan..", ujar Tengku Syafiq Aiman.

"Ingat! Abang ada jumpa dorang ke??? Jadi, mereka dah balik Malaysia permanently ehk??", ujar Tengku Syahirah teruja. Maklum dah lama tak jumpa BFF-nya. Last jumpa di Las Vegas 5 tahun lalu.

"Budak tu sekarang sado tau, sayang..Tall, no so dark but very handsome..Ikut muka Naufal..Tadi abang jumpa masa dia nak interview for post Ketua Graphic Design kat opis..Pandai budak Ridhuan tu..Abang suka budak tu..Baru setahun BFF awak permanent balik sini..Nah, kad nama butik BFF awak tu..Tadi abang hantar Ridhuan kat butik mommy dia dan dia kirim bungkusan nie untuk awak..", ujar Tengku Syafiq Aiman sambil menghulurkan bag plastik kepada isterinya.

"Waaaaahhh..Cantiknya jubah nie...Si Dayah tu memang suka menjahit baju..Nanti saya call dia..Boleh jemput dorang makan malam..", ujar Tengku Syahirah ceria.

"Sayang...About Taufiq Naufal..Dia..Dia dah meninggal 2 tahun lepas..eksiden kat Las Vegas..Arwah pun BFF awak kan???", ujar Tengku Syafiq Aiman perlahan.

"Dah meninggal??? Innalillah..Hmmmm..Arwah bukan aje BFF saya..Dia dah macam abang saya..Dia yang selalu melindungi saya kat uni..Masa tu kan saya gemuk..ramai buli saya..Moga dia ditempatkan bersama orang-orang beriman..", ujar Tengku Syahirah sayu.

Sayang betul dia pada arwah Taufiq Naufal yang yatim piatu itu. 'Abang Fal, maafkan Ira kerana tak dapat balas kasih-sayang Abang Fal..Moga tenang Abang Fal di sana..di samping ibu dan ayah..', bisik hati Tengku Syahirah

SREEEEETTTTT!!!! DUM!!!

"Aku kat mana nie??", perlahan suara Tengku Syafiq Nazry sambil tangannya memicit kepala.

Lampu kalimatang memeritkan matanya. Dikelip-kelipkan beberapa kali.

"Naaaazzz!!! Anak mommy dah sedar..Alhamdulillah!!", ujar Tengku Syahirah di sisi.

Dah dua bulan Tengku Syafiq Nazry koma akibat dari eksiden motor. Doktor memeriksa keadaan Tengku Syafiq Nazry. Jururawat mencatit segala maklumat yang diberi oleh doktor.

"Alhamdulillah..Anak Tengku dah sedar..Kalau keadaan stabil dalam 2-3 hari, dah boleh discharge..Fisioterapi boleh mula bila semua kesan luka dah kering dan fully sembuh..", ujar Dr Sabrina.

"Doktor, anak saya ada harapan boleh berjalan lagi??", tanya Tengku Syahirah.

"Insya Allah, Tengku..Yang penting usaha..Buat fisioterapi sekerap mungkin..Saya jalan dulu..", ujar Doktor Sabrina.

Praaaaaaang...

Kelam-kabut orang tua Tengku Syafiq Nazry ke dalam bilik private itu dan dapati anaknya sedang mengamuk. Bersepah semua barang di lantai.

"TAK ADIL!!!! Kenapa kaki aku harus lumpuh???", teriak Tengku Syafiq Nazry kuat.

"Tengku Syafiq Nazry!!!", tegur Tengku Syafiq Aiman tegas.

Tengku Syahirah memeluk tubuh anak ketiganya sambil cuba mententeramkan emosi Tengku Syafiq Nazry.

"Kenapa, mommy??? Kenapa Naz diduga macam ini?? Kenapa??Apa salah Naz??", tanya Tengku Syafiq Nazry sambil membenam kepalanya ke dada mommynya lalu menangis.

Sehari..Dua hari..

Hari ketiga bangun dari koma, Tengku Syafiq Nazry menerima kedatangan Rahayu ke bilik private itu dengan wajah yang kosong..Tiada lagi kasih-sayang. Mencebik aje muka Rahayu seakan jijik melihat keadaan Tengku Syafiq Nazry ketika itu.

"You apa khabar??", tanya Rahayu acu tak acu.

"Baik..Sayang??", ujar Tengku Syafiq Nazry sambil merenung wajah jelita Rahayu yang menjadi pujaan hatinya selama ini.

"I baik aje..Well, I datang pun pasal nak beritahu you yang I kena posting ke Sweden mulai minggu depan..selama 2 tahun kontrak..", ujar Rahayu masih acu tak acu.

"Abis, majlis kita camner?? Takkan nak postpone pula..Dah lima kali kita tangguh majlis itu tau..", tanya Tengku Syafiq Nazry mengharap.

"Camnie lah..I rasa kita kansel aje majlis tu for good. I doubt you boleh sembuh within these few months even..Hmmmm..By the way I dah suruh mommy dan daddy I jumpa your parents before I left for Sweden..", ujar Rahayu selamba tapi, angkuh.

"Hah??!! Kansel??? Parents you nak jumpa my parents buat apa??", tertanya-tanya Tengku Syafiq Nazry dengan kekata tunangnya itu.

"I nak putuskan ikatan pertunangan kita..You dah lumpuh, Naz..Wake up!!! Macamana you nak jaga I di dalam keadaan you yang camnie?? How??? Tell me..", tegas Rahayu tanpa perasaan.

"Kaki I yang lumpuh..BUKAN TANGAN I..I nie arkitek, guna minda dan tangan..I masih boleh bekerja..FAHAM??!!! I ada syarikat sendiri..Apa masalah you sebenarnya??? Atau sebenarnya you malu bersuamikan lelaki cacat cam I???", bentak Tengku Syafiq Nazry kuat..Geram..

"Whatever..I hanya nak pertunangan kita diPUTUSkan..Hati I pun no longer loving you..", tegas Rahayu tanpa belas ihsan.

"BERAMBUS!!! BERAMBUS AKU KATA!!!! BETINA TAK GUNA!!!", bentak Tengku Syafiq Nazry kuat.

"Abang Naz!!! Kenapa nie??? APA KAK AYU DAH BUAT KAT ABANG NAZ???!!!!", teriak Aira pula dari muka pintu meluru ke sisi Tengku Syafiq Nazry. Dipeluk abangnya itu.

"None of your business..Byeeeee..", ujar Rahayu lalu beredar dari situ.

Tengku Syafiq Nazry menangis di dalam pelukan Aira.

"This is so not fair..Asal camnie dugaan abang, Aira??? Apa salah abang kat Ayu??? Kenapa dia buat abang camnie?? I love her so much..Abang setia kat dia since tingkatan lima..Now, no one loves me..SEMUA PASAL KAKI TAK GUNA INI..I HATE THIS LEGS!!!!! I HATE THIS LEGS!!!", jerit Tengku Syafiq Nazry sekuat hati lagi.

"Syyyuuuuhhh..Sabar, abang..Kita semua still love you, abang no matter what..Abang still ada mommy, daddy, abang Ril, abang Syah...Boleh kongsi dengan Aira kasih-sayang Aina dan Fina..Ramai orang tau sayang kat abang Aira yang hansem macam model Calvin Klein ini..Lupakan kak Ayu tu..You deserved someone better..You boleh dapat someone greater than kak Ayu, ok??!!!", pujuk Aira lembut sambil memeluk erat tubuh Tengku Syafiq Nazry.

Seminggu selepas kedatangan Rahayu, Tengku Syafiq Nazry sudah boleh keluar dari hospital. Sejak itu, Tengku Syafiq Nazry berubah menjadi seorang yang pendiam dan banyak termenung. Walaupun Tengku Syafiq Nazry masih menguruskan bisnes seni binanya dari rumah. Tiada lagi gurauan dan tawa ceria Tengku Syafiq Nazry. Ini membimbangkan keluarganya. Menurut Kiara, sepupu Sarafina iaitu seorang pakar psychology; Tengku Syafiq Nazry kemurungan tahap mild..belum kronik lagi. Memerlukan sokong moral dari orang-orang sekelilingnya untuk mengubati gangguan emosinya.

"Fina, tolonglah aku..Aku dah tak tahu nak buat camner kat abang Naz tu..Tolonglah..Kau hanya perlu jaga abang Naz waktu siang aje..Cam day-care babysitting service aje..Please aaaah..Daddy dan mommy sanggup bayar berapa aje kat kau..", rayu Aira.

"Fina, akak rasa Fina cubalah tolong Aira..Lagipun siang aje..Selagi Fina belum nak sambung belajar ke overseas..Papa??", ujar Datin Sri Nura Ashikin.

"Papa takde masalah..Keputusan di tangan Fina..bukan jauh pun rumah si Aira nie..", ujar Tan Sri Haji Romlee.

"Baiklah..", jawab Sarafina ringkas.

Tok..Tok..Tok..

"Selamat pagi, Tengku..Ini saya bawakan sarapan..Makan tau, Tengku..Biar cepat sembuh..", sapa Sarafina lalu meletak dulang atas meja tulis tepi balkoni.

"Seronok lah kau tengok aku camnie kan??", sindir Tengku Syafiq Nazry yang masih merenung keluar tingkap biliknya.

Sarafina berlalu ke katil king size milik Tengku Syafiq Nazry lalu mengemas apa yang patut.

"Hey, gemok!!! Aku cakap kat kau nie..KAU SERONOK KAN AKU DAH LUMPUH CAMNIE!!!", bentak Tengku Syafiq Nazry kuat.

"Seronok jugak..tapi, saya lebih pada simpati..", ujar Sarafina selamba sambil meratakan cadar atas katil itu.

"AKU TAK PERLU SIMPATI KAU!!! BERAMBUS!!!", bentak kuat Tengku Syafiq Nazry.

"Saya simpati bukan pada Tengku..tapi kat keluarga Tengku..Kasihan mereka harus menghadapi karenah Tengku yang TAKDE PERI-KEMANUSIAAN..Tengku menyeksa mereka dengan kedegilan Tengku..YOU ARE NOT PERMANENTLY PARALYSED..Doktor kata Tengku boleh jalan semula lepas buat fisioterapi..tapi, Tengku tak mahu buat semua tu..KEJAM Tengku terhadap keluarga Tengku yang sayang Tengku setulus hati..", ujar Sarafina lalu keluar dari bilik Tengku Syafiq Nazry.

Sarafina hempas kuat daun pintu bilik Tengku Syafiq Nazry. Bengang dengan keangkuhan Tengku Syafiq Nazry itu.'Dah bagus masih bernyawa..Tu pun tak bersyukur..', ngomel hati Sarafina.

"Sarafina Raudhah??", terdengar suara garau itu dari sisi.

Sarafina menoleh untuk melihat siapa gerangan yang menegurku.

"Prof Syah??? Buat apa kat sini??", tanya Sarafina pula. Terkejut.

'Ini rumah Aira, bukan uni kan??? Asal Prof Syah ada kat sini???', getus hati Sarafina.

"Dia abang ngah aku, kalau kau nak tahu, Fina..Sibuk aje mamat skema nie..Jom Fina..kita borak kat ruang makan sambil sarapan..Professor Lion King tu biarkan..Jangan layan..Kekwat memanjang..Kat rumah pon nak mengaum..Menci!!!", ujar Aira lalu menarik BFF-nya ke ruang makan..

Professor Dr Tengku Syah Nasrul  menggelengkan kepala. Hanya mengikut dari belakang menuju ke ruang yang sama.

"Jemput makan, Fina..Aunty harap Fina tak terkejut tengok Naz camtu..Cuba pujuk dan nasihat Naz tu iya..", ujar Tengku Syahirah.

"Iiiissshhhkkk awak nie..Berilah budak tu duduk dan makan dulu..baru berbual sakan..Makan, Fina..", ujar Tengku Syafiq Aiman pula.

"Macamana dengan majlis tu, Aunty??", tanya Sarafina.

"Ayu dah putuskan pertunangan tempohari..Takpelah, Fina..Dah takde jodoh mereka..Aunty reda aje..Ganti majlis lain..Biarlah rahsia dulu..", ujar Tengku Syahirah lalu kenyit mata.

"Biarlah rahsia..Biarlah rahsia..Step Dato' Siti Nurhalizah pula..Ingat daddy tu Dato' K yang charming tu ke??", usik Aira.

"Iiiissshhhkk Aira nie..Daddy Aira nie walaupon tak macam Dato' K, dia pujaan hati mommy siang dan malam tau..", ujar Tengku Syahirah sambil tersenyum lebar.

"Terimakasih, sayang", tersengih Tengku Syafiq Aiman dengan jawapan isterinya.

Tengku Syahirah teringat kenangan masa lalu..Ketika bondanya, Tengku Suhana mahu jodohkan dirinya dengan Tengku Syafiq Aiman, anak kenalan lama kat universiti. Dia betul punya membantah sampai protes tak makan seminggu walaupon nindanya memujuk sakan. Masa itu, dirinya baru setahun dilantik menjadi seorang peguam syariah..Kononnya tak suka perkahwinan diatur oleh keluarga..Kuno..Nak cari jodoh sendiri..Modern thinking konon..Maklum lulusan universiti London katakan..Very the English gitu..

"Bonda tak PEDULI!!! Ira tetap akan jadi tunangan Tengku Syafiq Aiman..No objection!!", tegas Tengku Suhana. Itu dia kekata tegas hakim mahkamah rendah itu.

"Nindaaaaa..Tengok ah bonda..Kak Kinah dan abang Syam boleh pilih calon sendiri..Asal Ira tak boleh?? TAK ADIL!!! Kejam tau bonda kat Ira, Nindaaaaa..", rengek Tengku Syahirah di dalam pelukan nindanya, Tengku Hajah Sufiah.

"Jumpa dulu Syafiq tu..bawa berbincang..Syuuuhhhh..Jangan nangis..Muka yang manis cam Yusni Hamid nanti bertukar pula ke muka Hamid Gurkha..Iiiiiissshhhkk..", pujuk Tengku Hajah Sufiah pada cucu bongsunya.

Tapi bila bertemu pertama kali dengan Tengku Syafiq Aiman di rumah kenalan lama bondanya iaitu Tengku Saerah, terus hatinya tersangkut..Jadi angau pula cik peguam berdarah kerabat diraja ini.. Muka Tengku Syafiq Aiman yang mirip muka pelakon Yusuf Haslam yang berlakon drama "PJ" tu memukau hatinya.

"You nie ok ke?? Asal tenung muka I camtu??", tanya Tengku Syafiq Aiman serba-salah. 'Anak kenalan bonda nie tiga suku ke tak pernah nampak lelaki nie..Pelik betul aaah..', tanya hati teruna Tengku Syafiq Aiman.

"Ok aje..Salah ke tenung muka tunang sendiri?? Undang-undang mana kata ia suatu perbuatan jenayah??", petah Tengku Syahirah berkata pada Tengku Syafiq Aiman yang mukanya merah padam..

Sejak pertemuan itu, setiap hujung minggu dihabiskan di rumah tunangannya. Eksyen nak belajar memasak dari bonda Tengku Syafiq Aiman. Tujuan sebenarnya adalah nak mengintai tunangannya itu.

"Tengku, cubalah masakan yang saya buat bersama bonda Tengku..Sedap tak??", sapa Tengku Syahirah setiap kali lepas selesai sesi memasak..Cam gedik gitu..Tengku Syafiq Aiman cool aje..

"Boleh lah..Daripada takde..", jawab Tengku Syafiq Aiman selalunya sambil curi melirik wajah kemerah-merahan tunangnya..Hehehehe..

"Asal mommy tersengih-sengih cam kerang busuk, daddy???", tanya Aira curiga. Naik hairan bila mommynya tersenyum sendirian tanpa sebab.

"Teringat kisah intip dan gedik kat tunangan dia lah tu..", jawab Tengku Syafiq Aiman lalu ketawa kuat.

"Iiiiissshhhkkk abang nie..Malulah kat anak-anak..", ujar Tengku Syahirah, malu. Kantoi aaahh..

"Oooooohhh..Dulu mommy usyar daddy ehk??? So gedik ah you, mommy..Daddy dulu takde girlfriend ke??", tanya Aira sambil mengusik.

"Takde..Daddy cam Professor Syah nie..Skema..Very focus in study and work..Takde masa nak couple..Tu yang bonda daddy risau..Girlfriend takde..Secret admirer ramai..Masa Valentine's Day, macam-macam hadiah ditinggalkan kat pagar rumah daddy..Bonda daddy sampai pening kepala..Daddy cool aje..Bangga ada ramai secret admirer..Nak tahu siapa yang paling femes???..", ujar Tengku Syafiq Aiman..

Tersengih Tengku Syafiq Aiman mengenangkan peristiwa setiap Valentine's Day dulu.

"Banyaknya hadiah..Siapa yang beri ini..", tanya Tengku Syafiq Aiman suatu pagi. Dipungut hadiah-hadiah tersebut lalu dibawa masuk.

"Assalammualaikum..Hellooooo..", terdengar suara manja Romlah sambil melangkah masuk ke rumah Tengku Saerah.

"Waalaikumsalam..Hai, Lala..Tak ada flight ke nari??", tanya Tengku Syafiq Aiman.

"I tak menceroboh tau..Gate open when I came..Ni baru balik dari flight lah..Sampai aje, Lala terus ke sini tau..Nah!! I belikan masa di Dublin..", ujar Romlah yang hitam manis. Masih di dalam seragam pramugarinya.

"Terimakasih..Saya takde hadiah untuk awak..", ujar Tengku Syafiq Aiman perlahan.

"Alaaaah..Lala ok je..tak harap balas pun..Oklah, Fiq..Lala kena balik..nanti risau pula kak Sarah dan abang Romlee tu..Kirim salam dengan mak Engku..", ujar Romlah lalu melangkah pergi menuju kereta sport Mercedeznya di luar pagar rumah Tengku Syafiq Aiman.

Romlaaaah..Hehe..Gadis genit..pujaan ramai kat uni dulu..Kerana sifatnya yang peramah, mudah mesra dan periang selalu.

"Asal tersengih pula abang nie??? Abang jangan mula eeeehhhkkk..Saya tak suka tau abang sebut nama minah senget tu..", ujar Tengku Syahirah, mencebik.

Terhenti lamunan Tengku Syafiq Aiman lalu berdehem. Cover malu lah tu..

"Siapa, daddy??? Beritahu aaaah..", tanya Aira teruja.

"Datin Dr Romlah..Adik Tan Sri Haji Romlee tu..Aunty si Fina nie..Macam-macam hadiah dia belikan..dari overseas lagi..Maklum, flight stewardess..Cun tau si Romlah tu dulu..", ujar Tengku Syafiq Aiman.

"Abang!!!", jerit Tengku Syahirah. Mulut dah muncung sedepa.

"Aunty Romlah???? Hahahahaaaa..I can't believe it..Seriously, mommy..Your rival Datin Dr Romlah tu..", usik Aira pula.

Tak tau yang Aunty Romlah pernah gedik kat daddy Aira. 'Amboooiii Aunty Rom ada rahsia ehk..Jaga aunty Rom..', getus hati Sarafina.

"Alolololooo..Takyah nak merajuk, sayang oooiiiii..Romlah tu dah mengalah kat awak pe..Terus merajuk si Romlah tu ke Rusia, bawa hati luka..Belajar jadi doktor sakit puan..Lepas grad, dia kahwin dengan Datuk Dr Raja Haiqal tu..kira oklah tu..Kisah lama pun..melainkan awak nak berbesan dengan dia..hehehe..", ujar Tengku Syafiq Aiman sambil mengusik.

"Menciiiii!!!", ujar Tengku Syahirah lalu masuk ke dapur semula.

"Abis daddy..Mommy dah merajuk tu..", usik Aira lagi.

"Alaaaahhhh..Jap lagi merajuk tu hilang..Tengok ah..", jawab Tengku Syafiq Aiman lalu menyuap bihun goreng ke mulut.

Pon..Pon..

"Siapa yang datang pagi-pagi nie?? Orang bawa sarapan ekstra ke orang nak mengendeng sarapan kat sini???", tanya Aira sambil menyelak langsir.

"Siapa??", tanya Sarafina pula.

"Entah..Mamat sado mana entah..Kawan abang Naz kot..Nak mengendeng sarapan nie..", jawab Aira ringkas.

"Assalammualaikum".

"Waalaikumsalam..Masuklah, Ridhuan..Farhan..", ujar Tengku Syafiq Aiman yang entah bila sudah ke pintu utama sambil menghulurkan salam.

"Kau!!!", teriak Aira kuat.

"Angelina Jolie!!!", teriak Professor Datuk Dr Taufiq Farhan pula.

Mencebik Aira dan mulutnya muncung sedepa. 'Perli orang lah tu..', getus hati Aira.

"Angelina Jolie??? Iiiiissshhhkkk Farhan nie..Melampau sangat memuji..Ini anak uncle..Syafiqah Aira..Panggil Aira aje..Bukan Jolie tau..", ujar Tengku Syafiq Aiman sambil ketawa mengusik.

"Amboooiiii, adik..Angelina Jolie terus dapat jolokan...Saya, Tengku Syah Nazril..Abang sulung budak comot nie..Panggil 'Ril' aje..Kat dalam rumah nie ramai bernama 'Syah'..", ujar Tengku Syah Nazril sambil bersalaman.

"Alooooong!!!! Menci aaaah!!!", rengek manja Aira.

"Saya, Professor Dr Tengku Syah Nasrul..Panggil Syah..The one and only called 'Syah' in this house..You look familiar by the way..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul .

"Kan kita colleague..sama uni..", ujar Farhan.

"Professor Datuk Dr Taufiq Farhan...YES! That's you..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul .

"Iiiiissshhhkkk..Panggil Farhan aje..You pon abang si Angelina Jolie nie ke???", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan mesra.

"Angelina Jolie??? Mana?? Mana??? Deknie?? Badut sarkis nie kau panggil Angelina Jolie??? Iiiiissshhkkk..Kau kena check mata kau tu..hahaha..Angelina Jolie konon..Badut sarkis adalah..Haah..Aku abang kedua..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil mengusik Aira yang dah masam muka.

"Aiiikkk..Han dan Wan dah sampai..Baru aunty Ira nak call mommy korang..Dah sarapan??? Kalau belum, jom ke ruang makan..Nari Aira masak bihun goreng..Si Fina bawa sambal sotong pula. Sedap tau..", ujar Tengku Syahirah sambil memuji masakan anaknya. Kuah nak tumpah ke mana kalau bukan ke nasi.

Tengku Syafiq Aiman mengangkat sebelah kening pada Aira. 'Kan dah kata..Hilang rajuk Tengku Syahirah tu bila budak dua orang ini sampai..', bisik hati Tengku Syafiq Aiman.

"Mommy kenal dorang nie ke??", bisik Aira.

"Mana tak kenal..Ni kan anak aunty Hidayah and arwah uncle Naufal..Ridhuan nie kan budak lelaki yang Aira belasah masa kelas karate dulu..Ingat ke tak?? Farhan nie abang sulung si Ridhuan nie..colleague angah pula..", ujar Tengku Syahirah panjang lebar.

"Oh deknie yang belasah kau dulu sampai kau demam seminggu?? Hebat!!!", sindir Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sinis. Ridhuan hanya angguk sebagai balasan.

"Asal??? Interested?? Kau nak rasa ke camner demam seminggu??", jawab Aira sinis.

'Apa hal mommy bongkar cerita lama tu..Spoil market ah..', getus hati Aira.

"Nanti lepas kahwin, boleh jugak..Teringin gitu..Nak tahu juga kehebatan sayang..", balas Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sambil mengusik.

"Mommyyyyyy tengok ah..Dia buli Aira..Geli ah cakap pasal kahwin bagai..", rengek Aira di dalam pelukan mommy.

"Iiiissshhhkkk..Bakal tunang Aira pun..Lepas nikah, jadi Datin Aira..Meletop anak mommy..I liiiiike..Lainlah Aira nak si Wan..Nak ke suami muda dua tahun???", ujar Tengku Syahirah selamba.

"Apa nie, mommy..Aira lagi belajar aaaah..Gelaran 'Datin' tu sooooo oldies tau..Aira masih muda..Dahlah..Aira nak jumpa Fina..Apa dibuat Fina kat bilik abang Naz..", ujar Aira mengelak.

Di bilik Tengku Syafiq Tengku Syafiq Nazry..

"Hmmmm..Bagus..Makan pun encik Tengku..", komen Sarafina perlahan.

"Apa yang kau ngomel sorang tu..Kerja tu buat hal kerja..Tu aaaahhh..Nak sangat jaga aku nie..", ujar Tengku Syafiq Nazry sinis.

"Tengku nie..Takyah sindir-sindir saya..Saya ikhlas tau jaga Tengku..Nanti kita gi buat fisioterapi, okey??..", ujar Sarafina.

"TAK NAK!!!! Kau jangan paksa aku..FAHAM???..", bentak Tengku Syafiq Nazry.

Terkejut Sarafina bila dibentak camtu. Suka nah aniaya anak orang. 'Aku cucuk dengan garpu kat kaki kau baru tau..', ngomel hati Sarafina.

"Tengkuuuuuu...", panggil Sarafina sengaja dileretkan..Cuba memujuk.

"AKU BENCI ORANG PANGGIL AKU TENGKU!!!", bentak Tengku Syafiq Nazry kuat.

"Ooookkk...Sayaaaang...Naklah pergi fisioterapi, ehk??? Fina nak sayang cepat sembuh..itu aje..Fina rindu tengok sayang jalan bergaya cam model Calvin Klein tu..Boleh ehk sayang..Buat for Fina ehk sayang..Kita semua sayang you tau..", pujuk Sarafina.

'Menyampah!!! Macam nak muntah hijau aku dibuatnya..', kutuk hati Sarafina.

'Asal jantungku berdegup kencang..Iiiiissshhhkk hati, cuba jangan derhaka pada tuan, boleh???', getus hati Tengku Syafiq Nazry tatkala Sarafina memanggilnya 'Sayang'..Minah nie memang suka dera perasaan orang! Menciiii!!!

"Sayang??? Whoahahahahaaa..", tetiba terdengar suara mengusik Aira.

'Aduh..Si budak kecik nie..asal boleh masuk sini..Mampuih..Konfirm kena bahan..' ngadu hati Sarafina.

"Biar betul, Fina..Kau panggil abang aku yang sengal nie 'Sayang'..???? Lain macam aje..", usik Aira pada Sarafina.

"Yang kau main terjah bilik abang apasal??? Takde adab lansung budak-budak zaman sekarang ini..huh!!!", ujar Tengku Syafiq Nazry sinis.

"Alaaaaah, sayaaaang..Jangan marah lah, sayaaaang..Nanti cepat tua tau..Nanti Fina tak mahu jaga sayang, baru tau..hahahahahaaa..Dah..Jom, Fina..Kita tinggalkan sayang Fina nie..", ujar Aira lalu menarik tangan Sarafina mengajak keluar.

"Sarafina Raudhah??? Buat apa kat sini???", tanya Professor Datuk Dr Taufiq Farhan ketika bertembung dengan Sarafina di luar dapur.

"Hey! Asal belum balik ehk..takde rumah ke??", bentak Aira kuat.

"Aira! Mommy tak pernah ajar Aira kasar bicara camnie tau..terutama sekali kat tunang sendiri..Minta maaf kat Farhan SEKARANG!", bentak Tengku Syahirah.

"Maaf..", ujar Aira tertunduk. Terasa bila ditegur camtu oleh mommynya.

"Maaf, Han..Aira nie kasar sikit..Salah aunty juga..Manjakan Aira sangat..", ujar Tengku Syahirah.

"Fina nie tolong kami jaga Tengku Syafiq Nazry..Sambil pujuk dan nasihat dia..Faham-faham aje lepas eksiden motor dulu..Tengku Syafiq Nazry kemurungan..", ujar Tengku Syahirah sayu.

"Aunty, dahlah..jangan sedih..", pujuk Sarafina sambil memeluk Tengku Syahirah.

"Oh ya..Farhan nak ajak Aira beli cincin..Aira siap ehk..", ujar Tengku Syahirah tetiba ceria.

"Cincin??? Untuk apa??", tanya Aira terpinga-pinga.

"Aira, kita bincang nanti kat luar..Aira gi siap dulu..Cepat..Lepas nie Ridhuan ada hal..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan lembut.

Hilangnya kelibat Professor Datuk Dr Taufiq Farhan, Ridhuan dan Aira, Sarafina menolong Tengku Syahirah di kebun mini belakang banglo itu.

"Aunty harap Aira setuju dengan rancangan aunty dan uncle..Selepas apa terjadi pada Tengku Syafiq Nazry, aunty hanya nak lihat anak-anak aunty bahagia..", ujar Tengku Syahirah sambil perhatikan Sarafina menyiram pokok kacang buncis.

"Insya Allah, aunty..Aira budak yang baik..", ujarku.

Di kedai emas...

"Nak buat apa di sini??", tanya Aira terpinga-pinga bila ditarik masuk.

"Memancing...", usik Professor Datuk Dr Taufiq Farhan.

Ridhuan hanya senyum sahaja.

"Merepek..", ngomel Aira lalu duduk di sisi Farhan.

"Aira pilih lah yang mana satu Aira berkenan..Pilih dua..Satu untuk bertunang..Satu untuk bernikah..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sambil memandang Aira.

"Hah???!!!", terpinga Aira lagi.

"Sayang, abang terpikat dengan sayang masa pertama kali jumpa dulu..Walaupun sayang garang tapi, sifat melindungi sayang terhadap Fina buat tulang rusuk abang bergetar..Lepas tu kita tak pernah jumpa lagi..Rindu tau abang kat sayang..Abang ingat abang dah melepas buah hati abang nie..Tapi, bila mommy abang tunjuk foto sayang, terus abang setuju..No doubt yang abang suka Cik Singa..sayang lah tu! Han loves Aira alot..Will you marry me???", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan bersungguh-sungguh.

Terkejut Aira dengan luahan hati Farhan. 'Dia panggil aku nie Cik Singa??? Iiiiiissshhhkkk dah melampau nie..Siap ah lepas nikah..Aku karate abangnya pula..', getus hati Aira. Bingit.

"Ehem..Ehem..", Ridhuan berdehem.

"Diamlah, Wan..Aku karate kau lagi baru tau..Orang baru nak tangkap feel..dah spoil!!!", ujar Aira sambil mencebik.

"Chill ah, Aira..", jawab Ridhuan selamba.

"Ini design terbaru, Datin..", jurujual mulakan promosi.

"Drop the title 'Datin' tu..rimas saya..panggil 'Cik' aje..Saya manusia, awak pun manusia..Kita sama..", komen Aira.

Tersenyum lebar jurujual itu. 'Camnie jadi manusia..Ada gelaran pon tak agung-agungkan..', komen jurujual itu.

Dicuba beberapa cincin sebelum memutuskan sebentuk cincin platinium untuk bertunang dan sebentuk cincin emas bertatah berlian untuk bernikah.

"Maaf, sayang..I couldn't go on one knee masa propose..Kaki abang sakit sebab semalam main futsal..Salah Wan lah nie..huh!!!", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan dengan nada bingit..Pasal adiknya yang gila futsal, dia dah lenguh kaki.

"Ok je..Awak memang tak romantik pe..Biasalah..Mamat Melayu..Faham..", komen Aira dengan sindiran sinis.

"Iiiiisssshhhkkk..Romantik lepas nikah aje lah..Baru tau nanti abang nie terlebih romantik aaahhh..Jangan sayang pengsan sudah..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sambil mengusik.

Ridhuan sudah ketawa kuat. Muka Aira semerah tomato.

'Iiiiiissshhhkkk..Adik dan abang sama sengal ah...Geraaaaamnyaaa aku..', getus hati Aira, bengang.

"Fina!!! FINA!!!", teriak Tengku Syafiq Nazry kuat. Bergema biliknya.

"Abang Naz nak apa?? Asal menjerit kalah hantu...", tanya Aira di pintu bilik Tengku Syafiq Nazry. Bingit. Malam-malam memekak.

"Mana Fina??", tanya Tengku Syafiq Nazry sambil menahan marah.

"Ini kan dah malam..Fina kat rumah dialah..Fina jaga siang aje..", ujar Aira.

"Aku lapar!!!", bentak Tengku Syafiq Nazry.

"Yelaaaah, sayaaang..Nanti Aira hantarkan ya, sayang..Cuba jangan marah-marah..Boleh kena darah tinggi tau..", ujar Aira.

"Selamat pagi, sayang..Bangun cepat..Jom sarapan..Nari will be a busy day..", ujar Sarafina pagi itu sambil menepuk Tengku Syafiq Nazry suruh bangun.

Sambil Tengku Syafiq Nazry makan sarapannya, Sarafina cuba mengemas bilik yang tunggang-langgang itu.

"Fina dah siapkan pakaian sayang..Fina letak kat atas katil tu..Sayang pakai tau..", ujar Sarafina ceria lalu mengangkat dulang berisi pinggan dan cawan kotor dan keluar dari bilik menuju ke dapur.

"Dah sarapan si Naz tu, Fina?", tanya Tengku Syafiq Aiman.

"Dah, uncle", jawab Sarafina.

"Appointment pukul berapa??", ujar Tengku Syahirah.

"Pukul 11.30 pagi, aunty..", jawab Sarafina lalu menyuap mee rebus masakan Tengku Syahirah.

Di dalam kereta...

"Kita nak ke mana, gemok??", tanya Tengku Syafiq Nazry.

"Fisioterapi..", jawab Sarafina ringkas.

"STOP THE CAR!!", bentak Tengku Syafiq Nazry kuat.

Sreeeeeetttt..
Pedal brek ditekan kuat oleh abang Din.

"AKU TAK MAHU BUAT FISIOTERAPI..Asal kau tak faham..", bentak Tengku Syafiq Nazry.

"Abang Din, teruskan driving. Biar saya uruskan manusia bangkai ini..", ujar Sarafina tegas.

Abang Din, drebar Tengku Syah Nazril hanya angguk. Alhamdulillah dapat pinjam drebar untuk ke pusat terapi.

"Listen! Kau kena buat fisioterapi..WAJIB..MESTI..Kau jangan banyak cakap..Kau cakap juga, aku CIUM kau nanti..Kalau kau tak nak buat fisioterapi kat sana nanti, aku potong kaki kau tu..biar kudung aje..INGAT!! Jangan asyik nak orang ikut otak sengal kau tu..Degil sangat..", bentak Sarafina pula.

Pucat muka Tengku Syafiq Nazry. 'Dia nak cium aku..Iiiissshhhkkk asal degupan jantung makin pantas..Aku dah nak mati ke?? Hati, jangan nak berbunga bagai..', getus hati Tengku Syafiq Nazry.

Abang Din hanya menggelengkan kepala. 'Kesian Tuan Muda..Tapi, betul cara Fina nie..Orang degil memang patut diajar camtu..Abang Din tabik spring kat kau, Fina', komen hati Din.

"Macamana fisioterapi tadi, Fina? Dah seminggu gitu ke fisioterapi, kan??..", tanya Professor Dr Tengku Syah Nasrul yang sedang santai di halaman tepi banglo.

"Sesi pertama dan kedua dulu tu perit juga..Dia masih EGO..Lepas tu dia dah ok lah..Terkial-kial tapi, habiskan terapi tanpa panas barannya itu..", ujar Sarafina selamba lalu mencapai hirisan epal di piring depannya.

"Fina suka Tengku Syafiq Nazry??", tanya Professor Dr Tengku Syah Nasrul .

"Iiiiissshhhkkk mana ada..Fina sedar siapa diri Fina, Prof..I am just a fat person..Siapalah saya nie..", ujar Sarafina sambil menggigit buah epal itu.

"Fina, saya..saya..saya nak cakap sesuatu, boleh??", tergagap Professor Dr Tengku Syah Nasrul .

"Apa??", tanya Sarafina curiga.

"Fina, jom kita kahwin!", tetiba Professor Dr Tengku Syah Nasrul  bersuara..Meluahkan lamaran.

Tersedak Sarafina dibuatnya. Professor Dr Tengku Syah Nasrul  hulurkan air pada Sarafina.

"Apa Prof Syah nie..Tersedak epal saya dibuatnya..Stop joking!", ujar Sarafina sambil menyapu airmata dek kerna tersedak.

"Abang serius, sayang..Dah lama tau abang pendam perasaan terhadap sayang..Lagipun..Kalau kita dah nikah, senang sayang nak tolong mommy jaga adik abang tu..Tengku Syafiq Nazry tu..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul .

"Prof..", ujar Sarafina.

"Abang Syah..Not Prof Syah..Kita kat rumah saya ini..bukan uni..", tegas Professor Dr Tengku Syah Nasrul .

"Kenapa saya??? Kan abang Syah cam tak suka saya..Asyik deduct markah saya aje dulu..KEJAM!!", ujar Sarafina lalu mencebik..TAK SUKA!!

"Itu bukan kejam..tapi, standard as a professor..Sayang asyik buat sesuatu yang abang tak suka..Denda lah apalagi..Mana di dalam kelas main WhatsApp..Datang kelas lambat..Assignment pula content tunggang-terbalik..Pening tau baca assignment sayang..Budak darjah satu pun lebih pandai tulis assignment kot..Bukan satu studen..Ini dah macam pakatan bersatu..Aira, Aina dan Fina..Hasil assignment sama setiap semester..Mana abang tak deduct markah korang..mana geram dengan gelaran 'LION KING' tu..other professor laughed at me tau..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul  selamba.

"Eleeeehhh..Itu pon nak sentap..Chill aaah..Setiap tahun tetap cemerlang pe..", jawab Sarafina selamba selepas ketawa bila melihat wajah Professor Dr Tengku Syah Nasrul yang cemberut macam tikus makmal.

'Fina nak kahwin dengan angah?? Asal bukan dengan aku??', getus hati Tengku Syafiq Nazry.

Memang dulu dia tak pandang Sarafina kerana kegemukkan badan Sarafina. Tapi, selepas Rahayu putuskan pertunangan dan dia lumpuh, dia sedar dirinya yang telah cacat. Memandang kegigihan Sarafina menolong jaga dirinya, secara diam-diam dia menyenangi kehadiran gadis montel itu. Hatinya berdegup pantas setiap kali Sarafina memanggilnya "Sayang" walaupun dia sedar Sarafina hanya menyindirnya. Sekarang mungkin dia sudah terlambat bila Sarafina memilih angah sebagai pasangan dan bukan dirinya.

"Aku terima nikahnya Sarafina Raudhah Binte Tan Sri Haji Romlee dengan mas kahwinnya sebanyak dua ribu ringgit tunai..", ucap Syah.

"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"

Dengan sekali lafaz, Sarafina sah milik Professor Dr Tengku Syah Nasrul Bin Tengku Syafiq Aiman.

Seperti belati memukul badannya..Sakit..Perit rasanya..Tengku Syafiq Nazry terpaksa bertahan tatkala lafaz akad nikah kedengaran di cuping telinganya. Hatinya bagai disiat-siat bila memandang senyuman Sarafina semasa upacara membatal air sembahyang..'Kenapa mesti angah dan bukan aku yang mengecap kebahagiaan itu???', rintih hati Tengku Syafiq Nazry pilu.

"Wow, Tengku..Sambut menantu sekali dua orang..Tak agak-agak..", usik Datin Namirah.

Ya! Sarafina dan Aira setuju bersanding sekali atas satu pelamin. Majlis yang sepatutnya milik Tengku Syafiq Nazry dan Rahayu bertukar menjadi majlis Aira dan Professor Datuk Dr Taufiq Farhan, Professor Dr Tengku Syah Nasrul dan Sarafina..Memang kelam kabut dibuatnya..Persiapan kurang enam bulan aje. Sarafina kasihan pada kak Inaz dan kak Nura yang kelam-kabut buat persiapan walaupun majlis sanding combined. Terkejar sana-sini beli barang hantaran.

"Naz ok??", tanya Sarafina pada Tengku Syafiq Nazry.

"Ok..", jawab Tengku Syafiq Nazry ringkas.

"Naz dah makan??", tanya Sarafina lagi.

"Dah..", jawabnya malas.

"Ok..Fina keluar dulu..", ujar Sarafina lalu melangkah keluar bilik Tengku Syafiq Nazry.

'Selamat Pengantin Baru, sayang..Maafkan, abang..Abang cintakan sayang..tapi..abang terlambat luahkan cinta abang pada sayang..Moga sayang bahagia di sisi angah..', bisik hati Tengku Syafiq Nazry yang terluka..Dipendam lara sendirian..Biarlah rahsia ini dia bawa ke liang lahad..Pasrah!!!

"Sayang ke mana tadi?? Asal masih tak tukar baju lagi??", tanya Professor Dr Tengku Syah Nasrul pada Sarafina.

"Maaf, Prof. Fina jenguk Naz sekejap..Entah mengapa dia macam merajuk..Dingin gitu..Risau pula saya..", ujar Sarafina ringkas.

Tengku Syafiq Nazry nampak sugul aje semasa Sarafina jenguk dia di bilik lepas majlis. Berdiam sahaja. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Entah angin apa yang merasuk si Tengku Syafiq Nazry.

"Letih agaknya..Dahlah..Tukar baju tu..Bersihkan diri..Sayang, panggil 'Abang' bukan Prof..I'm your husband, not your lecturer..Abang nak siapkan kerja sikit kat bilik bacaan..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul lalu keluar dari bilik.

Masa Professor Dr Tengku Syah Nasrul masuk semula ke bilik, Sarafina sudah lena. Terdengar dengkuran halus. Tersenyum Professor Dr Tengku Syah Nasrul mendengarnya. Dia membaringkan tubuhnya dan mengadap Sarafina. Dibelai raut wajah Sarafina yang bulat. 'Comel isteri abang..', bisik hati Professor Dr Tengku Syah Nasrul. Ketika jarinya menyentuh bibir Sarafina, Sarafina terjaga.

"Abaaang..Belum tidur??", tanya Sarafina mamai.

"Belum, sayang..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul mesra.

Dirapatkan mukanya pada muka isterinya.

"Abang ok?", tanya Sarafina bila ditenung suaminya.

"Ok..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil jarinya meraba bibir Sarafina.

Dilekat bibirnya ke bibir isteri. Terkejut Sarafina dibuatnya. Tangan sasa milik Professor Dr Tengku Syah Nasrul memeluk erat pinggang Sarafina. Dari bibir isterinya, beralih ke leher isterinya. Sarafina hanya berdiam sahaja. Dengupan jantung Sarafina pantas.

"Abang cintakan Fina..", bisik Professor Dr Tengku Syah Nasrul ke telinga Sarafina.

Diangkat pandangannya. Direnung mata bulat itu. Senyuman manis Sarafina menggoda hatinya. Sarafina menyerahkan jiwa dan raganya sepenuhnya pada sang suami.

"Amacam semalam?? Lena tidur??Angah nakal ke tak???", usik Aira semasa bersarapan.

Dicedok nasi goreng ke pinggan lalu dihulurkan ke suaminya, Professor Datuk Dr Taufiq Farhan. Seketul ayam goreng diletak atas pinggan itu juga.

"Adiiiiikkk..Gatal eeehhhkkk..", jawab Tengku Syah Nazril tegas.

Aira hanya mencebik sahaja sambil sambung cedok nasi goreng ke pinggannya kali ini.

"Lena..Cam biasa..Cam princess..Prof nakal??? Entah..Aku dah lena masa dia masih kat opis mini dia..Kau pula, Aira..Anything happens???..", jawab Sarafina selamba sambil menjeling Aira. Balas dendam. 'Usik aku ehk..Sendiri pun pengantin baru..', bisik hati Sarafina.

Professor Dr Tengku Syah Nasrul hanya menatap iPad membaca akhbar online. Memasang telinga. Ingin dia tersenyum lebar sambil teriak "Yahoooo" bila terkenang kisah semalam tapi, dipendam sahaja. Biarlah rahsia di antara dirinya dan Sarafina.

"Uuuuiiiii..merah muka Aira..Farhan, kau buat apa ehk kat Aira semalam??", usik Tengku Syah Nazril.

"Buat apa?? Aku kena dera ada lah..Kena angkat Angelina Jolie dari bath tub malam-malam buta..Sampai sakit pinggang aku tau..Nampak kurus tapi, berat minta ampun aaah..Ini pun ada belen sakit pinggang..Dahsyat malam pertama..", jawab Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sambil mencebik.

"Adik, kenapa tidur kat dalam bath tub..??? Dah takde katil ke??? Atau kurang besar katil tu..", usik Tengku Syafiq Aiman pula.

"Tertidur..Mommyyyyyy tengok ah daddy sama abang tu..", rengek Aira di dalam pelukan Tengku Syahirah yang tersenyum.

"Abang ok??", tanya Sarafina lepas sarapan dan kemas dapur.

"Kalau tak ok, sayang nak buat apa??", usik Professor Dr Tengku Syah Nasrul.

Tangan Sarafina sudah didekap kat dahi Professor Dr Tengku Syah Nasrul.

"Tak panas pun..Abang ok ke tak nie??", tanya Sarafina risau.

Ditarik tangan Sarafina lalu dipeluk isterinya.

"Sayang, hati abang yang tak ok..setiap kali tengok sayang camnie..", usik Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil membelai peha isterinya.

"Iiiissshhkkk, abang nie..Siang-siang hari camnie pun ingat ke situ..Dahlah..Saya nak tengok Naz tu camner..", ujar Sarafina lalu bangun dari katil. Dicapai jubah kuningnya dan tudung senada lalu dipakainya sebelum keluar bilik.

Tok..Tok..Pintu bilik Tengku Syafiq Nazry diketuk.

"Selamat pagi, Naz..", sapa Sarafina mesra.

Sarafina terus ke katil lalu mula mengemas.

"Fina bahagia dengan angah??", tetiba Tengku Syafiq Nazry bersuara.

"Bahagia..Kenapa Naz tanya??", ujar Sarafina sambil duduk di birai katil Tengku Syafiq Nazry.

"Saja aje tanya..Baguslah..", jawab Tengku Syafiq Nazry perlahan. Pendam seribu rasa.

"Naz, Fina harap perkahwinan Fina tidak akan menggugat semangat Naz untuk sembuh..Fina senantiasa ada di sisi Naz tau..Fina akan sokong Naz sampai pulih sepenuhnya..Naz jangan risau tau..", ujar Sarafina.

Selepas mengemas, Sarafina keluar bersama dulang berisi pinggan dan gelas kosong.

"Sayaaaang..Nak masak apa nie??", tanya Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil memeluk isterinya dari belakang.

"Mommy dan daddy teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin..Pak Idris dah belikan tempoyak dan ikan patin..Fina nak siapkan..Abang ada nak makan apa-apa??", ujar Sarafina sambil memasukkan ikan patin.

"Abang nak makan sayang..boleh??", usik Professor Dr Tengku Syah Nasrul lalu kenyit mata.

"Ambooooiiii, prof..Very naughty eeehhhkkk..", tetiba terdengar suara Aira di pintu masuk dapur.

Gulp!! 'Iiiiiiissshhhkkk budak Aira nie..Hancur pelan aku nak goda si Fina..', bisik hati Professor Dr Tengku Syah Nasrul.

"Fina, abang ke bilik..Ngantuk!", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul lalu segera beredar dari situ.

Terketawa Aira melihat telatah abang keduanya.

"Iiiiissshhhkkk kamu nie Aira..Dah jadi isteri orang tapi ketawa camtu..Mak mertua nanti takut kat kamu tau..Tak semenggah perangai itu..", tegur Tengku Syahirah sambil melangkah masuk ke dapur.

"Dah masak gulai tu, Fina??", tanya Tengku Syahirah.

"Dah siap, mommy..Nanti lepas zohor kita santap iya..Fina naik dulu tengok abang..", ujar Sarafina selepas menutup periuk dan matikan api.

"Hmmmm..Dah tidur pun..Buat solat Dhuha ajelah..", bisik Sarafina ketika masuk ke bilik dan dapati Professor Dr Tengku Syah Nasrul sudah lena dan memeluk bantal.

Sarafina ke bilik air mengangkat wudhu. Lalu disegerakan solat Dhuha. Selepas itu, dia duduk di atas katil. Dilihat jam di dinding - baru pukul 11 pagi.

"Hansem juga Lion King nie ehk..", ujar Sarafina perlahan sambil menatap muka suaminya.

Dia akhirnya baring di sebelah Professor Dr Tengku Syah Nasrul lalu dipejamkan matanya. Tetiba tangan sasa itu memeluknya erat. Terbuka matanya semula.

"Sayaaaaang..", bisik suaminya manja.

"Maaf..Kerana saya, abang terbangun..", ujar Sarafina serba-salah.

"Abang dah tersedar ketika sayang solat Dhuha tadi..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil tersenyum.

"Sayaaaang..Boleh kan kalau abang nak sayang sekarang..??", rengek Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil membelai rambut Sarafina.

"Boleh..Fina kan milik abang..", jawab Sarafina tersipu-sipu.

"So, here we goooo..", usik Professor Dr Tengku Syah Nasrul lalu mendekati isterinya.

Dicium bibir mungil itu sepuasnya sebelum beralih ke leher isterinya. Bahagia mereka berdua melayar bahtera perkahwinan.

"Abang sayang Fina..Abang cinta Fina..Fina adalah bidadari syurga abang..", bisik Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil membelai rambut isterinya.

"Fina pun sayang abang..cintakan abang..Abang adalah segalanya bagi Fina..", ucap Sarafina yang melentok di dada suaminya yang bidang itu sambil memeluk erat.

Setahun kemudian...

"Tetiba aje kau nak jumpa kami berdua..Asal??", tanya Aira lalu menghirup sup cendawan perlahan.

"Aku..Aku ada sesuatu nak beritahu korang..", tergagap Aina. Takut.

"Apa dia??", tanya Sarafina risau.

"Tengku Syah Nazril dah jumpa bonda aku..", ujar Aina takut-takut.

"Siapa Tengku Syah Nazril nie???", tanya Aira yang nampak blur..

Sarafina tepuk dahi. 'Asal adik iparku bengap ehk nari..', getus hati Sarafina.

"Along leeeerrrr..Berapa ramai Tengku Syah Nazril kau kenal??", ujar Sarafina selamba.

"WHAT???!!!! Kau nak kahwin dengan abang long..??? Mana boleh, Aina..", bentak Aira. Tak suka.

"Hah???", terpinga-pinga Aina.

"Apa pasal tak boleh???", tanya Sarafina hairan dengan sikap Aira yang mula kebudak-budakkan.

"Sebab..Antara kita bertiga, Aina paling muda pe..Takkan nak jadi kak long aku sey..Tak boleh!! Tak boleh!!! Aku tak setuju..Aku tak rela..", ujar Aira sambil geleng kepala.

"Asal Fina boleh???", tanya Aina. Terasa ketidakadilan Aira terhadap dirinya.

"Antara kita bertiga, memang Fina paling tua..Kalau kau nak, adik Farhan ada..tackle si Ridhuan tu..", ujar Aira selamba.

"Kau gila ke apa..Ridhuan 2 tahun muda dari kita..Tak mahu aku!! Lagipun aku cintakan Tengku Syah Nazril..bukan Ridhuan..huh!!!", tegas Aina. Bengang.

"Asal Aira tak setuju?? Aina kan sahabat Aira juga..Mommy tengok budak Aina tu elok aje..Berkenan juga untuk dijadikan menantu umi..", tanya Tengku Syahirah bersungguh-sungguh.

"Aina tu lebih muda dari Aira tau, mommy..Takkan Aina nak jadi kak long pula..Macam tak kena aje..Along lak cam takde orang lain untuk dibuat isteri gitu..", ujar Aira sambil mencebik.

"Ril TAK PEDULI, mommy..Ril nak Aina Aulia Rodrigues juga..Kalau tak, Ril tak mahu kahwin sampai bila-bila!!", ugut Tengku Syah Nazril tegas.

Masam mukanya bila ditentang adik bongsunya. Teori adiknya merapu aje baginya.

"Ya!!! Ya!!! Mommy pinangkan Aina tu..Ril jangan takut..Aira suka ke tak, Aina tetap jadi kak long Aira..", tegas Tengku Syahirah. Makin cemberut si Aira. TAK SUKA!!!

"Suka lah kau..Dapat abang long aku..eeeeeiiiii...geraaaaaamnya kat kau, Suzukaaaaaa..", ujar Aira selepas majlis Aina dan Tengku Syah Nazril.

"Macam-macam lah kau, Aira..Doreamon lah..Suzuka lah..", usik Professor Dr Tengku Syah Nasrul. Makin merah muka Aira menahan geram.

"Geram tak bertempat..Dahlah..Awak jangan layan budak comot nie..Farhan!!! Professor Datuk Dr Taufiq Farhan!!!! Ambil isteri kau..Bawa masuk bilik..Menyibuk aje..", usik Tengku Syah Nazril sambil memeluk bahu Aina.

"Baik, bang..Jom, sayang..Kita masuk bilik..Jangan ganggu pengantin baru nak buka hadiah tu..", pujuk Professor Datuk Dr Taufiq Farhan.

Tengku Syahirah dan Tengku Syafiq Aiman hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak-menantu mereka.

"Kena pergi juga ke seminar tu, bang??", tanya Sarafina sambil membelai perutnya yang memboyot.

"Alaaaah..Seminggu aje sayang..Cam tak biasa aje abang outstation..", pujuk Professor Dr Tengku Syah Nasrul.

Sebenarnya beberapa hari ini hati Sarafina cam berdebar ah selepas suaminya  beritahu hendak ke US untuk seminar.

"Sayang, ingat tau..Abang sayang sangat kat Fina dan baby..Nak tahu tak..Abang mula mencintai Fina selepas seminggu ajar Fina kat uni dulu..Memanglah badan Fina lebih besar dari studen lain tapi, there is something about you yang buat abang  rindu sangat bila tak pandang wajah Fina..

Bila marah Fina, abang pasti marah diri abang tau selepas itu..Abang pernah duduk kat overseas bertahun..jumpa macam-macam perempuan..tapi, satu pun tak seperti Fina..Abang syukur bila Aira jadi sahabat Fina..Taulah Aira tu..suka share cerita dengan mommy..Masa tu abang curi dengar pasal Fina..

Bila dapat nikah dengan Fina, abang rasa abanglah lelaki paling bertuah dapat memilikki Sarafina Raudhah..Fina adalah segalanya buat abang..", ujar Professor Dr Tengku Syah Nasrul sambil memeluk isterinya erat.

"Fina pon syukur dapat abang sebagai suami Fina..Abang pon segalanya buat Fina..Maafkan Fina jika Fina ada kekurangan sepanjang menjadi isteri abang..Halalkan juga makan-minum Fina ya bang..", ujar Sarafina tetiba sebak. 'Asal aku nie??', bisik hatinya.

Tengku Syah Nasrul mencium dahi isterinya dengan penuh kasih-sayang. 'Fina, bidadari abang', bisik hati Tengku Syah Nasrul.

Ring..Ring..Riiiiiiing..
Deringan talipon memecah suasana pagi hari.

"Tidaaaaaaakkkk!!!!!..Anak saya masih hidup..Ada kat US..Kamu tipu..TIPU!!!", teriak Tengku Syahirah nyaring di ruang tamu sebelum tercelepok di lantai bersama deraian airmata.

Ganggang talipon segera dicapai Tengku Syah Nazril.

"Innalillahiwainnahirajion..Kami akan tunggu di sini..Ya..Saya akan uruskan transfer nanti..", ujar Tengku Syah Nazril.

"Kenapa, bang?", tanya Aina cemas. Risau tengok ibu mertuanya sudah teresak sendu.

"Syah lemas di US masa beriadah..Surf boarding..Jenazah dia akan dibawa pulang ke sini..Dahlah..Abang nak urus flight transfer..Aina teman mommy dan Fina..", ujar Tengku Syah Nazril kelam-kabut sambil mendial nombor daddynya di London dan keluar rumah.

Tercelepok Sarafina di sisi Tengku Syahirah bila menderita berita kematian suaminya. 'Ini mimpi kan?? Abang masih hidup, kan?', bisik hati Sarafina sayu.

"Abaaaaaang!!!! Abaaaaang!!! Banguuuuunlah!!! Kenapa abang tinggalkan Fina dan baby??? Bangunlah abang..Sampai hati abang tinggalkan Fina..Abang dah janji nak bawa Fina dan baby ke US..Banguuuunlah!!!.", teriak Sarafina sekuatnya pada tubuh Professor Dr Tengku Syah Nasrul yang kaku dan sudah siap dikapankan.

Bergema ruang tamu banglo itu. Berkali-kali Tengku Syahirah pengsan di dalam dakapan suaminya..Bila sedar, Tengku Syahirah hanya berkata-kata sendirian.."Asal Syah tinggalkan mommy..???".."Syah tak sayang mommy lagi ke??".."Jangan tinggalkan mommy, Syah".."Syah, anak mommy yang baik..Syah tak sepatutnya mati.."..Tengku Syafiq Aiman hanya mampu menitis airmata dan cuba menenangkan isterinya.

"Sabaaar, Fina..Sabaaaar..", pujuk Haji Romlee sambil memeluk anak bongsunya.

Tepat pukul 11 pagi, bersemadilah suami Sarafina yang juga professornya. Menangis airmata darah sekalipun Tengku Syah Nasrul takkan kembali..Hanya doa mengiringi suami yang amat Sarafina cintai. Sarafina tatap pilu pusara yang dibaluti kelopak mawar merah. 'Selamat tinggal, kesayangan Fina..Fina akan merindui Syah..I love you so much, Tengku Syah Nasrul..', rintih hati Sarafina.

"Baby, abah dah takde..Baby dengan umi aje mulai sekarang..Jangan sedih ya baby..Umi ada..Umi akan sayang dan melindungi baby..Abah loves baby tau..Umi loves baby too..", bisik Sarafina perlahan sambil mengusap perutnya.

'Abang, Fina rindu abang..Sunyi hidup Fina tanpa senyuman dan tawa abang..Tapi, Fina reda, bang..Tunggu Fina tau kat sana..' rintih hati Sarafina yang lara setiap kali melawat pusara suaminya.

Dua bulan kemudian..

"Waaah, Tengku..Sambut cucu kembar sekali 2 set..Untung, Tengku..", usik Puan Seri Normah semasa majlis akikah dan cukur jambul yang diadakan serentak.

Meriah majlis tersebut. Mertua Sarafina sambut cucu kembar all out gitu..sampai terdiri 5 kanopi putih. Sarafina hanya tersenyum nipis melihat kemeriahan majlis.

"Alhamdulillah..Bahagia saya, Puan Sri..Dapat 2 set cucu kembar sepasang..", ujar Tengku Syahirah sambil tersenyum lebar walaupun masih sedih kehilangan anak keduanya, arwah Professor Dr Tengku Syah Nasrul.

"How I wish you are here, abang..Meriah tau majlis anak kembar kita..I miss you alot, Tengku Syah Nasrul..", bisik Sarafina pada diri.

"Kau ok..??", tanya Tengku Syafiq Nazry yang sekarang sudah menggunakan tongkat.

Sudah 85% Tengku Syafiq Nazry boleh berjalan. Alhamdulillah. Sarafina kagum dengan semangat kental Tengku Syafiq Nazry untuk sembuh. Sarafina pun masih menolong mertua Sarafina menghantar Tengku Syafiq Nazry ke pusat terapi walaupun Sarafina sudah bekerja sebagai seorang akauntan di syarikat perkapalan.

"Demi anak-anak, Fina kena kelihatan ok..walaupon diri Fina tak ok..Kalau abang Syah ada, mesti dia happy sakan melihat Syazril dan Syazlin..Lihat pada Syazlin, terubat rindu Fina kat arwah", ujar Sarafina sayu.

Sarafina kesat airmatanya dengan selendang biru pemberian arwah suaminya sempena ulangtahun setahun perkahwinan mereka.

Anak kembar sepasangnya..Tengku Syazril Nikman dan Tengku Syazlin Naurah..Lahir sebulan lepas Tengku Syah Nasrul meninggal dunia..Comel sungguh..Walaupun sendirian menahan sakit melahirkan, Sarafina bahagia bila menatap wajah anak kembarnya itu. Mereka adalah lambang cinta antara Sarafina dan Tengku Syah Nasrul.

Empat tahun kemudian...

"Papa bukan nak paksa Fina..tapi,..Syazril dan Syazlin perlukan father figure..Papa harap Fina faham maksud papa..Tengku berdua tu pun masih mahu Fina kekal menjadi menantu mereka..Itu yang mereka syorkan Fina nikah dengan Tengku Syafiq Nazry...", ujar papa Sarafina.

"Fina masih sayangkan arwah abang Syah, pa..Selama empat tahun, Fina ok aje hidup sendirian dengan Syazril dan Syazlin..Takde yang kurang..Fina bekerja keras untuk penuhi apa saja si kembar mahu..Kasih-sayang Fina hanya untuk mereka berdua..", ujar Sarafina tegas.

Mengeluh Sarafina bila mengenangkan lamaran bekas mertuanya itu. Disuruh menikah dengan Tengku Syafiq Nazry..Ganti tikar kata orang dulu-dulu..Apa je..Serba-salah pon ada sebenarnya.

"Kenapa kau belum jawap lamaran mommy dan daddy?? Buruk sangat ke aku nie kat pandangan kau??? Atau pasal aku tempang sikit..itu yang kau malu sangat bersuamikan aku??", tanya Tengku Syafiq Nazry tegas masa Sarafina menghantar si kembar ke rumah datuk dan neneknya pada hujung minggu.

"Fina masih sayangkan arwah..Dia terlalu baik pada Fina..Takde lelaki sebelumnya yang sayang dan cintakan Fina cam abang Syah..Fina gemok pun abang Syah terima seadanya..Fina tak rasa Fina mampu bahagiakan lelaki lain..sebab hati Fina penuh dengan nama Tengku Syah Nasrul..", ujar Sarafina meluahkan isi hati.

Terasa sayu hati Sarafina setiap kali menyebut nama penuh arwah suaminya.

"Terserah kau lah..Penat aku pujuk kau nie..DEGIL!!! KEPALA BESI!!! Aku tak mahu paksa pada yang tak sudi..", ujar Tengku Syafiq Nazry lalu bangun dan melangkah masuk ke banglo sebelum ke arah biliknya.

"Papa, mana umi??", tanya Syazlin pada Tengku Syafiq Nazry selepas makan tengahari.

"Umi work, sweetheart..Lin duduk dengan ninda aje dulu..Tunggu umi kat sini..", jawab Tengku Syahirah memujuk Syazlin yang di sisi Tengku Syafiq Nazry.

Dibelai rambut Syazlin dengan penuh kasih-sayang. Tengku Syafiq Nazry sudah menganggap Syazlin dan Syazril seperti anaknya selepas abang keduanya meninggal dunia.

Pon..Pon..

"Papa, Mama Aira datang..Yeeeeay..Hai, Amzah!!!", teriak Syazril gembira sangat bila dapat jumpa sepupunya. Berlarian Syazril menyambut sepupunya.

"Aira, baru sampai???", tanya Tengku Syahirah pada Aira sambil meletak sejug jus oren ke atas meja kopi di ruang tamu.

"Baru aje, mommy..Penaaaaatnyaaaa..Aaaaahhh leganya bila Lin picit kaki mama..Bijak my niece..I liiiike..", ujar Aira ceria.

Rasa tersentuh bila tangan kecil itu mula memicit kakinya. Pandai bawa diri si Syazlin nie..Cam Sarafina..

"Amboooiiiii, Datin..buli anak sedara nampak..", tegur Aina sambil mengusik.

"Jeles lah tu..Dengki..Aku tak suruh ehk..Lin yang baik hati..Tak macam ada orang tu..Liat nak picit kaki aku nie..Maklum pengantin lama..", ujar Aira sambil menjeling kat suaminya, Professor Datuk Dr Taufiq Farhan yang masih memeluk beg pakaian si kembar. Cadangnya nak tidur kat banglo tu semalam dua.

Hwuuuuuaaaaarrrrr...Hwuuuuaaaaarrrr..
'Apa sudah jadi??', bisik hati Professor Datuk Dr Taufiq Farhan. Terlepas beg pakaian si kembar. Hanya memerhati anak bongsu menerpa ke isterinya.

Terkedek-kedek si Taufiqah Airin sambil menangis kuat memasukki ruang tamu. Terpinga-pinga semua orang.

"Dah kenapa nie??", tanya Aira sambil tenung tajam pada wajah comel anak keduanya.

"Abang Am tolak Fiqah...Sakiiiiiiiitttt...Mamaaaaa!!!", teriak Taufiqah kuat.

Bergema ruang tamu. Berdengus kuat Aira melihat telatah anak kembarnya.

"Sudahlah..Sikit-sikit nangis..Lembik cam papanya..Iiiiissshhhkkk..ngada-ngada sangat anak Datuk nie..Ingatkan apa tadi..Lin jangan ikut perangai Fiqah tau..Kita, Miss Tengku ada Girl Power tau..Takleh sikit-sikit nangis..cengeng..", komen Aira selamba.

"Mama JAHAT!!!! Hwwuuuuuaaaaarrrrr..", teriak Taufiqah.

"Iiiiiissshhhkkk kamu, Aira..Ada cakap gitu kat anak..", tegur Tengku Syahirah sambil meletak sedulang gelas lalu beredar masuk ke dapur semula.

"Alololoooo...Anak Mami Aina jangan nangis..Jom kita explore dapur..Manatau ada ice-cream ke..", pujuk Aina lalu pimpin Taufiqah yang masih sendu ke dapur.

Di dapur, Taufiqah disambut pula oleh nindanya..Kecoh betul dapur.

"Papa, Ril dan Am nak berenang, boleh??", tanya Syazril yang sudah lencun berpeluh sakan.

"Dah petang sangat..Esok pagi aje lah berenang..", jawab Tengku Syafiq Nazry tegas.

"Ok", jawab Syazril dan Amzah serentak.

"Aku terima nikahnya Sarafina Raudhah Binte Tan Sri Haji Romlee dengan mas kahwinnya sebanyak seribu ringgit tunai..", ucap Tengku Syafiq Nazry.

"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"

'Alhamdulillah..Abang dapat cinta hati abang..Sarafina Raudhah..I am the happiest man alive..', bisik hatinya

"Kau tak tidur lagi??", tanya Tengku Syafiq Nazry bila melihat Sarafina mengadap laptop.

"Belum..Fina nak siapkan proposal nie..", jawab Sarafina selamba.

Selesai menyiapkan proposal, Sarafina melangkah ke katil lalu baring di sebelah Tengku Syafiq Nazry yang sudah berdengkur halus. Sarafina menatap wajah Tengku Syafiq Nazry yang mirip wajah pelakon Syed Adli. Tenang sahaja wajahnya. Sarafina mengeluh perlahan.

'Maafkan Fina, abang Syah..Fina dah menduakan abang Syah..Fina buat ini semua untuk anak-anak kita..Fina still loves you, Syah..', bisik hati Sarafina.

Tetiba terasa tangan memeluk pinggang Sarafina. Sarafina menoleh. Terpandang mata kuyu Tengku Syafiq Nazry dan senyumannya.

"Tidur, sayang..", ucap Tengku Syafiq Nazry lembut sahaja sambil mengeratkan pelukkan.

Sarafina memejamkan matanya lalu terlena. Bila terjaga, Sarafina terasa hembusan nafas seseorang. Dibuka matanya. Kepalanya sudah terlentok di dada Tengku Syafiq Nazry yang terdedah. Degupan jantungnya pantas. Sarafina merenung wajah suaminya lagi. 'Sempurnanya wajah suamiku..Terimakasih ya Allah kerana memberi aku peluang menjadi isterinya..', bisik hati Sarafina.

"Umi, lusa ada sport day kat school..Umi dan papa datang ehk..", ujar Syazril teruja.

"Insya Allah, sayang..", ujar Sarafina sambil tersenyum lebar pada anak-anaknya.

Tersenyum Sarafina memandang wajah Syazril dan Syazlin.

Syazlin lebih mirip dengan wajah Syah..Melihat anak matanya seperti merenung anak mata Syah. Syazril pula mirip wajah papanya..Muka alim gitu..Hehehe..Alim lah sangat..Nakal aje selalu sampai nak terbalik rumah Tan Sri Haji Romlee dulu semasa baru 'dapat kaki'..jahanam semua barang atas meja..tapi papanya cool aje..dibiarkan Syazril berbuat sesuka hati..

"Well..Well..Well..Bertahun ehk kita tak jumpa..Tup..Tup..Tup..Jumpa kat sini..", sapa Rahayu sinis.

Rupa-rupanya anak Rahayu sekelas dengan Syazril dan Amzah. Nama anaknya - Suriahani Yohannes Armand. Rupa-rupanya Rahayu menikahi bosnya sendiri, seorang warga Sweden selepas putus tunang dengan Tengku Syafiq Nazry. Konon posting ke Sweden..Rupa-rupanya menikah..

"So, you are with him or his brother..??", tanya Rahayu sinis pada Sarafina.

Sarafina buat tak tahu sahaja. Malas nak layan. Makin dilayan, makin menjadi.

"Aiiikkk..Kau pon tersadai kat sini jugak??? Cam takde school lain kan, kan??", sapaan sinis si Aira pula.

"Well, Datin..I go for the best only..No cacat punya..", jawab Rahayu selamba sambil menjeling kat Tengku Syafiq Nazry yang di sebelah Sarafina.

Tengku Syafiq Nazry terus bangun lalu beredar dari khemah keluarga di tepi padang. Panas hati..Berasap dibuatnya.

"Well..Kau kan manusia sempurna..Dahlah..Got to go..Kirim salam to your ex..Yohannes Armand, right?? Tataaaa..", ujar Aira sambil menarik tangan Sarafina mengajaknya keluar dari situ. Majlis sukan pun tamat di situ.

Pon..Pon..

Tengku Syafiq Nazry rupa-rupanya sudah menunggu di dalam kereta dengan muka masam. Kelam-kabut Sarafina dan Aira berjalan ke arah kereta.

"Asal lama sangat, Datin..Gosip tak abis ke buat persatuan??", tegas Tengku Syafiq Nazry. Bengang lah tu.

"Mana ada gosip, Tengku..Aira bermesra dengan your ex..kan, Fina??", ujar Aira selamba.

"Yelah tu..Farhan dah lama tunggu kat Pizza Hut..Kecoh ah korang perempuan..", rungut Tengku Syafiq Nazry.

"Awak marah ke tadi? Bukan sengaja pe terjumpa Rahayu tu..", tanya Sarafina sambil membubuh losyen ke tangan.

"Buat apa nak marah..Aku dah tak ada apa-apa dengan perempuan tu..", ujar Tengku Syafiq Nazry tegas.

Sarafina baring di sebelah Tengku Syafiq Nazry yang sedang membaca buku 'When BAD things happen to GOOD people'.. Sarafina tatap muka Tengku Syafiq Nazry. Teringat perubahan pada raut wajah itu bila Rahayu menyapa tadi.

'Masih rindu kah dia pada Rahayu??', bisik hatiku.

"Asal tenung muka aku camtu??", tegur Tengku Syafiq Nazry lalu menutup buku dan lampu tepi katil.

"Sayang...Fikir apa??", tanya Tengku Syafiq Nazry lembut sahaja sambil membelai wajah Sarafina.

"Takde apa-apalah..Fina ngantuk..Kita tidur ehk..", ujar Sarafina ringkas.

Teeett..Teeettt..Ada message di WhatsApp..Terbeliak mata Sarafina bila memandang foto yang dikirimkan oleh nombor yang Sarafina tak kenal.

'Suami kau masih sayang aku..Ini buktinya..Hebat tau suami kau..Kami ada kat..Bilik 303..See you..'

Sarafina memicit dahinya yang sudah berpeluh..

"Asal nie, Fina??", tanya Aina yang juga bekerja di syarikat yang sama sebagai pegawai HR.

Sarafina tunjukkan pesanan WhatsApp kat Aina. Terkejut Aina.

"Jom! Kita semuka dengan mereka..", ajak Aina.

"Aku tak kuat ah, Aina..Tak boleh drive..Sampai hati Naz buat aku camnie..", ujar Sarafina sayu.

Walaupun Tengku Syafiq Nazry adalah suami kedua yang tak pernah Sarafina minta kehadirannya, dia tetap suami yang Sarafina sayangi. Kalau tidak, takkan ada bayi di dalam rahimnya di ketika ini. Di mana silapnya??? Asal nasibnya begini???

"Biar aku drive..Jom..", ujar Aina sambil menarik tangan Sarafina.

Tok..Tok..Tok..
Bergegar pintu bilik nombor 303..
Ting Tong..Ting Tong..
Loceng pun dibunyikan..

Pintu bilik dibuka oleh Rahayu hanya memakai bathrobe dan rambut kusut-masai. Sah baru bangun tidur.

"Kau MEMANG JALANG!!!", bentak Aina kuat di depan pintu.

Sarafina dan Tengku Syah Nazril serbu masuk..Aina sempat hubungi suaminya yang kebetulan ada meeting di hotel itu.

"ABANG!!!!", teriak Sarafina kuat pada Tengku Syafiq Nazry. Tercelepok Sarafina di lantai bila dapati suaminya di atas katil tanpa baju dan hanya ditutupi selimut yang terselak..

"Huh???? Aku kat mana nie?? Apa dah jadi??", ujar Tengku Syafiq Nazry yang terpisat-pisat bangun.

"Fina??? FINA!!!!", terbeliak mata Tengku Syafiq Nazry melihat Sarafina sudah tercelepok di lantai.

Sepantas kilat Tengku Syah Nazril serang adiknya. Satu tumbukan dihayun ke muka Tengku Syafiq Nazry tanpa belas.

"Kau MEMANG DAH MELAMPAU!!!", bentak Tengku Syah Nazril lalu ingin menghayun tumbukan kedua tapi, dihalang oleh Aina.

"Sudahlah, bang..Kita tolong Fina tu..", pujuk Aina pada suaminya.

"Sampai hati abang buat Fina camnie!!!", ujar Sarafina sayu selepas Aina dan Tengku Syah Nazril membangunkannya..Perlahan-lahan Sarafina melangkah pergi.

'Padan muka kau, Sarafina Raudhah..', getus suara hati Rahayu yang berdiri di sisi pintu.

"Betina KURANG AJAR!!!", bentak Tengku Syafiq Nazry lalu bingkas bangun dan..

PANG!! PANG!!

Dua tamparan hinggap ke pipi mulus Rahayu. Terkejut Rahayu dari lamunan. Dengan segera Tengku Syafiq Nazry menyarungkan pakaiannya lalu beredar dari bilik hotel.

Seingat Tengku Syafiq Nazry, dia ada temujanji dengan Yohannes Armand. Sedang menunggu, Rahayu yang muncul dan bukan Yohannes Armand. Terkeliru pula.

Teeettt..Teeeettt..Message WhatsApp diterima.

'Sorry, bro..I tak dapat datang..Malaun mana dah pancitkan my 4 wheels..Adoooiii..I reschedule meeting to some other day..'

"What's wrong?? Yohannes tak datang?? Biar I ganti..makan malam dengan I???", ujar Rahayu dengan suara menggoda.

"Sorry..I takde masa nak layan you..", ujar Tengku Syafiq Nazry lalu bangun..Tapi, tangannya digenggam Rahayu pula ketika nak bergerak dari situ.

"Pleeeeeaaase..", pujuk Rahayu.

Seingat Tengku Syafiq Nazry, dia hanya makan malam dengan Rahayu..Separuh jalan, dia ke tandas sekejap..sambung makan..minum air..Poooofff!!! Dia tak ingat apa-apa selepas itu. Tup..Tup..Tup..Dia bangun dengan denyutan kat kepala..dan Sarafina berdiri di depannya dengan airmata..Bila masa dia masuk bilik dan baring atas katil??? Dia sendiri tak sedar..

Selepas dapat melihat rakaman CCTV hotel, Tengku Syafiq Nazry dapat kepastian. Dia pengsan lepas minum..Bil makan malam pun si Rahayu bayar..Rakaman CCTV menunjukkan dirinya dipapah oleh dua orang pekerja hotel tersebut dan Rahayu berjalan di belakangnya.

"Kamu berdua cuba cerita apa yang berlaku..", tegas Tengku Kamarul, Pengurus Hot pada dua pekerja tersebut.

"Cik itu kata suaminya pengsan..Minta tolong papah suaminya ke bilik 303..", ujar Udin, pekerja pertama.

"Saya ada offer kat cik tu untuk panggil our resident doktor..tapi, cik tu menolak, bos. Dia pesan lagi suruh kami jangan beritahu sesiapa..", ujar Bala, pekerja kedua.

"Oh ya..Cik tu nak kasi upah selepas kami letak suaminya kat atas katil dan tolong buka baju kemeja suaminya itu..Tapi, kami tak terima..sebab kami rasa ia cam rasuah aje, bos..", ujar Udin lagi.

"Dah..Dah..Kamu boleh keluar..", arah Tengku Kamarul.

Sah!
Sah!
Sah! Aku diFITNAH..Tengku Syafiq Nazry hanya mampu menggelengkan kepala.

"Kau balik lah dulu..Pujuk isteri kau tu..Salinan CCTV nanti aku serahkan pada Pak Engku..Aku pun kena balik nie..Munirah dah sarat tu..", pujuk Tengku Kamarul pada sepupunya.

Di banglo..ruang tamu..

"Kenapa Naz buat camnie pada Fina??? Kenapa, Naz??? Fina yang jaga Naz masa lumpuh dulu sampai Naz dah boleh jalan semula. Fina dah banyak menderita. Sedang mengandung, abang ngah meninggal dunia. Tanpa suami, Fina melahirkan anak-anaknya. Fina tak mahu kahwin dengan Naz, kami pujuk sampai dia nak..Naz buat Fina camnie pula?? Fina kena melahirkan anak tanpa suami lagi?? Kenapa Naz kejam sangat??", rintih Tengku Syahirah sambil mengesat airmata.

"Maafkan, Naz..Rahayu perangkap Naz..Percayalah..Naz tak buat apa-apa kat dia..Tolonglah percaya, mommy..Naz ada bukti Naz tak salah..Kamarul nanti pass salinan CCTV pada daddy..Percayalah, mommy..Naz tak sentuh Rahayu..", rayu Tengku Syafiq Nazry.

Tengku Syafiq Aiman dan Tan Sri Haji Romlee hanya diamkan diri.

"Kalau KAU dah tak boleh sayang adik aku, kau LEPASkan dia..Aku masih mampu tanggung Sarafina dan anak-anaknya..", bentak Datuk Sri Haji Safi Rohaizad, abang sulung Sarafina menahan marah.

Ikutkan hatinya, ingin saja dibelasah Tengku Syafiq Nazry sampai lunyai kerana menyeksa adiknya tapi, dia sedar di mana dia berada. Ditahan barannya itu.

"Safiiiiii..Sabar ya..", pujuk Tan Sri Haji Romlee.

"Macam nie lah, Tengku..Untuk sementara waktu, biar Fina tinggal dengan kami..Bila dah tenang semula baru kita bincangkan hal ini..", ujar Tan Sri Haji Romlee lagi.

Sebagai seorang bapa, pastinya terasa bila anaknya dianiaya..Tapi, dia tak boleh gopoh..harus senantiasa bijaksana menghadapi apa jua dugaan menimpa.

'Maafkan abang, Sarah..kerana membiarkan Fina dianiaya..Abang dah cuba sedaya-upaya untuk melindungi anak-anak kita..Kali ini mungkin abang gagal..Maafkan abang, Sarah..', rintih hati tua Tan Sri Haji Romlee.

Tan Sri Haji Romlee, Datuk Sri Haji Safi Rohaizad dan Datin Sri Nura Ashikin sudah pulang. Tinggal mereka sekeluarga di ruang tamu.

"Aaaaaarrrrggghhhh..Asal abang Naz BODOH sangat..gi layan Rahayu apasal??? Eeeeeiiiiii geramnya Aira pada abang Naz nie..Kalau boleh cekik, dah lama Aira cekik-cekik tau..", bentak Aira kuat.

"Sayaaaaang..", pujuk Professor Datuk Dr Taufiq Farhan lembut.

"Awak jangan mula..Saya geram nie..", jawab Aira. Dadanya turun naik menahan geram. Tengku Syafiq Nazry hanya tertunduk sahaja.

"AINA!!!", jerit Aira.

"Takyah jerit-jerit, Datin oooiiii..Aku depan kau je nie..", jawab Aina.

"Jom jumpa Fina..Kesian dia sendirian..Kita kan sahabat Fina..Mesti comfort dia lah wey..", ajak Aira.

"Jangan! Biar Fina tenang dulu..Korang berdua hanya tau buat otak dia bertambah serabut aje..", tegas Tengku Syah Nazril.

"Amboiiii, abang..Cam nak tidur luar aje malam nie..Mulut no insurance..", perli Aina.

Tersengih Tengku Syah Nazril bila diperli gitu oleh isterinya.

"Betul kata Ril..Jangan ganggu Fina..Biar tenang dulu..", ujar Tengku Syahirah.

"You are TOO MUCH!!! Tengku Syafiq Nazry is the BEST architect for this job..You hancurkan semua..Kenapa you FITNAH dia?? Dulu, bukan you yang putuskan pertunangan you dengan Tengku Syafiq Nazry because he was paralysed, remember??? Seriously, I am so DISAPPOINTED WITH YOU..", bentak kuat Yohannes Armand pada bekas isterinya.

Yohannes Armand adalah klien Tengku Syafiq Nazry dalam projek binaan asrama pekerja. Tengku Syafiq Nazry sudah tolak projek itu pada syarikat lain sebagai pengganti syarikatnya. Marah betul Yohannes Armand pada Rahayu kerana merosakkan projeknya. Sekarang dia terpaksa pujuk Board of Directors untuk terima syarikat yang mengganti syarikat Tengku Syafiq Nazry..Menyusahkan dia sahaja. Semua kerana Rahayu sudah memporak-perandakan rumahtangga Tengku Syafiq Nazry dengan Sarafina.

"Percayalah, sayang..Abang diperangkap..Abang pengsan masa itu..Abang dah suruh pihak hotel check CCTV..Betul abang pengsan masa tu..Tolong percayalah, sayang..", rayu Tengku Syafiq Nazry di depan rumah keluarga Sarafina.

"Balik, Naz!!! Fina TAK AKAN PERCAYA Naz lagi..Pergi balik lah!!", jerit Sarafina pada Tengku Syafiq Nazry yang sudah melutut dan menangis itu.

"Fina, jiran nampak malu..Biarkan Tengku Syafiq Nazry masuk..Bincang elok-elok dengan dia..", pujuk papa Sarafina.

"Balik ajelah..Fina maafkan abang Naz..Tapi, Fina tak boleh terima abang lagi..Lepaskan Fina, abang Naz..Tolonglah..", ujar Sarafina lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Naz..Balik lah dulu..Nanti bila Fina dah tenang, papa call Naz..", pujuk Tan Sri Haji Romlee.

"Mommy, Aina nak ke rumah Fina..Mommy nak pesan apa-apa??", tanya Aina pada ibu mertuanya.

"Pujuk Fina tu, Aina..Mommy tak suka aaah rumahtangga anak-menantu camnie..Satu ke hulu..Satu ke hilir..Mommy risau tau..Tolong eehhkk Aina..Pujuk Fina tu..", ujar Tengku Syahirah sayu. Dikesat airmatanya.

"Ok, mommy..Aina cuba..", ujar Aina sambil memeluk erat ibu mertuanya.

"Aina..Masuklah..Datin Aira tak ikut??", sapa Datin Sri Nura Ashikin.

"Si mak buyung Datin tu cuti ke Port Dickson..Professor Datuk Dr Taufiq Farhan ada seminar guru kat sana..Tu yang dektu membontot aje..Si kembar ada kat rumah..Fina mana, Datin Sri??", ujar Aina.

"Apa Datin Sri bagai..Panggil kak Nura aje..Fina keluar sekejap dengan budak-budak tu..Syazril nak beli kasut..si Syazlin nak beli buku pula..Budak-budak..Jemput minum, Aina..Awak belum ada apa-apa ke???", ujar Datin Sri Nura Ashikin sambil mengusik.

"Oooohhh..Iiiiissshhhkkk akak nie..Saja tau usik Aina..Haiiiizzz..Belum rezeki, kak Nura..Nikah dah nak 3 tahun..baby no have..", ujar Aina sayu..

"Alaaaahhh..Honeymoon panjang lah tu..Akak dulu kena tunggu 5 tahun ah baru ada Nur Safiyah tu..Lepas tu kilang terus produktif..setiap tahun lahir seorang..Ini baru setahun rehat tau..10 tahun nikah dah ada lima orang anak..Amacam, terrer tak??? Hehehe..Aina dan Tengku Syah Nazril kena doa terus..Jangan putus asa tau..", pujuk Datin Sri Nura Ashikin yang memahami masalah Aina dan Tengku Syah Nazril.

Pon..Pon..

"Hah! Mereka dah balik tu..Jom..Kita surprisekan mereka..", ujar Datin Sri Nura Ashikin sambil menarik tangan Aina..

"SURPRISE!!!", jerit Aina kuat.

"Mami Ainaaaaa!!!", jerit Syazril dan Syazlin lalu lari mendapatkan Aina.

"Bila kau sampai?? Tak roger aku pon..", ujar Sarafina pada Aina yang tercegat depan pintu utama rumah papa.

"Dah sejam kot..Saja tak call..Aku pon tak plan..Tengku Syah Nazril kat London - meeting..esok baru balik..Aku boring..Tu yang buat kunjung-mengunjung bukan hari Raya nie..hehehehe..", ujar Aina ceria.

"Aira kan ada pe..", ujar Sarafina lalu duduk di sofa di ruang tamu tu.

"Dia honeymoon kat Port Dickson..Ikut Farhan ada seminar guru..Tu yang takde member..Mommy lak sibuk dengan si kembar..", ujar Aina.

"Oooohhh..Syazril..Syazlin..gi naik atas..mandi..", ujar Sarafina sambil mengarah anak kembarnya.

"Fina, bila kau nak balik rumah mommy?? Aku rindu aaah..", tanya Aina perlahan..takut-takut gitu..sambil memujuk.

"Nantilah..Biar aku tenangkan hati aku ini..", jawab Sarafina acu tak acu.

Selepas makan malam, Aina pulang. Sarafina masih di taman mini di sisi rumah papanya. Mengambil angin malam sambil melihat bintang.

'Umi, apa harus Fina buat?? Dia memang sakitkan hati Fina kali ini..Fina tetap sayang dia, umi..Sebenarnya, dia cinta pertama Fina tapi dulu, tak kesampaian..pasal Fina gemok..Fina marah betul kat dia..Geraaaam kat Rahayu tu..Tapi, Fina tak mahu kehilangan dia, umi..Tolonglah Fina, umi..', keluh hati Sarafina.

"Kenapa sendirian kat luar nie?? Tak sejuk ke??", tanya Datuk Sri Haji Safi Rohaizad yang baru pulang dari masjid.

"Bang, kopinya..", ujar Datin Sri Nura Ashikin pula lalu meletak secawan kopi o depan suaminya.

"Terimakasih..", ujar Datuk Sri Haji Safi Rohaizad ringkas.

"Saja aje..Tengok bintang..Rindu kat umi..", ujar Sarafina perlahan.

"Ada aje..Jangan lama-lama kat luar..Demam nanti..", nasihat Datuk Sri Haji Safi Rohaizad lalu mengangkat cawan kosong itu dengan tangan kiri manakala tangan kanan menggenggam tangan Datin Sri Nura Ashikin dan melangkah masuk ke dalam rumah. Bahagia sungguh mereka walaupun anak dah ada lima orang.

Sarafina mengeluh mengenang nasibnya.

"Puan, meeting at 10.30am..Don't be late..", pesan setiausahanya, Umairah.

"I suka presentation you tadi, Fina..Keep it up..", puji Tuan Hazrul pada Sarafina. Puan Irsyah, isterinya hanya tersenyum.

"Ok semua..Jom lunch together today..Pukul 12 tengahari tunggu kat lobi..", pesan Puan Irsyah pula.

"Fina, asal lelaki tu tenung semacam aje kat kau..???", tanya Hafiz, penolongku dan kebetulan semeja denganku. Satu-satunya pegawai lelaki di meja sama. Muka Pan-Asian..Dah mirip Yusry KRU.

Sarafina menoleh dan terpandang Tengku Syafiq Nazry merenung tajam ke arahnya.

"Biarlah..Mata dia..Suka hati dia..Aku kan VOGUE..of coz ramai peminat pe..", ujar Sarafina selamba.

"Kau???!!! Vogue???!!! Majalah mana yang letak tong cement as front cover?? Beritahu aku..Aku nak boikot majalah tu..", ujar Hafiz sambil mengusik.

"Ambooooiiii mulut dia..Fiz, kau ingat sikit ah..Sekarang bulan October tau..Appraisal kau tu Fina yang buat..", sampuk Umairah.

"Biarkan, Mai..Biar dia menyalak banyak-banyak..Nanti Disember kita kasi dia menangis kaw kaw..padan muka..", usik Sarafina.

"Huh??? Iiiiissshhhkkk janganlah KEJAM nah, bos..Kesian ah kat mak-ayah aku kat kampung..Kesian adik-adik aku nak beli buku sekolah..Semua duit gaji aku tau..Jangan hantam teruk-teruk kat appraisal tu..Takkan takleh asing personal and business..", pujuk Hafiz dengan matanya sengaja dikebil-kebilkan.

"Iiiiiisssshhhhkkk..gaya Puss In Boot kau, Hafiz..Takleh angz..", komen Umairah lalu ketawa. Sarafina turut ketawa.

Sarafina ke tandas sekejap..Inilah masalah wanita beranak-pinak..Nak terkucil takleh nak tahan-tahan. Ketika keluar dari tandas, Sarafina dapati Tengku Syafiq Nazry sedang menanti.

"Ambooooiiii..Bahagia sakan dengan kekasih baru..Takmo kalah..Pan-Asian muka boifren you..", sindir Tengku Syafiq Nazry pedas.

"Talking to me??", tanya Sarafina sengaja nak naikkan lagi amarah Tengku Syafiq Nazry.

"Aaarrrrrgggghhhh...INGAT SIKIT! KAU TU MASIH ISTERI AKU..Dalam perut tu ANAK AKU..Jangan melampau gedik dengan jantan lain..FAHAM!!!", tengking Tengku Syafiq Nazry.

Sarafina buat muka selamba lalu beredar dari situ dan berkumpul kembali dengan staff lain.

"Awak buat apa kat sini??? Papa???", tanya Sarafina pada Tengku Syafiq Nazry yang selamba berbaju t-shirt lusuh dan berseluar trek panjang sedang menonton tv bersama papanya.

"Dia nak tidur sini..Lepas maghrib dah ada kat depan pagar..Angau..", sampuk Datuk Sri Haji Safi Rohaizad.

"Yang abang izinkan masuk apasal?? Hey! You takde rumah ke??", ujar Sarafina sinis.

"Dah dia guna kuasa veto..Aku boleh buat apa..Peguam bela dia ada dalam rumah ini..I rest my case..", ujar Datuk Sri Haji Safi Rohaizad sambil perli Tengku Syafiq Nazry dan papanya yang tersengih.

"Rumah ni pon rumah Naz jugak kan, papa??? Pasal isteri Naz ada kat sini..", jawab Tengku Syafiq Nazry sambil mengadu pada ayah mertuanya.

"Mengada ah kau, Naz..Manjalah tu..Aku nie anak lelaki tunggal Tan Sri Haji Romlee pun takde mengada cam kau..Sutun betul..", usik Datuk Sri Haji Safi Rohaizad.

"Abaaaaang..Tak baik cakap camtu..", tegur Datin Sri Nura Ashikin.

"Eleeeehhh..Aku tak heran ah..Aku ada isteri..boleh manja dengan isteri..betul tak, sayang??? Kau ada??", usik Datuk Sri Haji Safi Rohaizad lagi.

Datin Sri Nura Ashikin hanya menggelengkan kepalanya bila melihat suaminya mula berperangai kebudak-budakkan.

"Papaaaaaaa...Abang long ejek Naz...Marah dia, papa..", rengek Tengku Syafiq Nazry sambil peluk ayah mertuanya.

"Eeeeeiiiiii tak kuasa aku nak layan korang berdua..Masuk bilik tidur lagi bagus..", ujar Sarafina lalu bangun dan melangkah masuk ke bilik.

Bila Sarafina keluar dari bilik air, terkejut Sarafina bila melihat Tengku Syafiq Nazry yang baring atas katil. Berdengus kuat Sarafina.

"Tak baik berdengus kuat camtu kat suami..Dosaaaaa..", ujar Tengku Syafiq Nazry walaupun mata masih tertutup.

Sarafina ke meja kerjanya. Buka laptop dan retrieve emel..Sarafina sambung semula proposal yang terbengkalai sejak jam 7 malam di opis tadi..Bahagian Sarafina OT nari. Maklum hujung bulan. Tadi order KFC. Si Hafiz yang rajin order fast food camnie..Apalagi, party ah. Kerja semua KIV..hehehe..

"Belum habis lagi ke, sayang??", tanya Tengku Syafiq Nazry yang kini sudah bersandar kat kepala katil.

"Belum..Kalau kau ngantuk, tidur aje dulu..", jawab Sarafina lalu bangun.

"Nak ke mana pula tu..??", tanya Tengku Syafiq Nazry.

"Ke dapur..masak maggi..asal??", jawab Sarafina.

"Abang ikut!", ujar Tengku Syafiq Nazry pula. Dah macam budak-budak pula.

"Amboooiiiii wanginya..Adik! Maggi goreng satu..", tetiba terdengar suara Datuk Sri Haji Safi Rohaizad.

"Apa abang nie..kata nak kopi o aje kan??", rungut Datin Sri Nura Ashikin.

"Takpe, kak Nura..Ada tu sikit kat dalam kuali..sengaja Fina buat ekstra..", ujar Sarafina.

"Sedaaaaapnyaaaa...", ujar Datuk Sri Haji Safi Rohaizad.

"Kau boleh diam ke tak bila makan?? Dahlah kacau orang dating..", rungut Tengku Syafiq Nazry.

"Suka hati aku lah..Adik aku pe..", ujar Datuk Sri Haji Safi Rohaizad selamba.

"Aaaarrrrggghhhh...", jerit Tengku Syafiq Nazry geram lalu bangun dan melangkah pergi.

"Iiiiissshhhkkk abang nie..Merajuk si Naz tu..", tegur Datin Sri Nura Ashikin.

"Biarkan Naz tu, kak Nura..Dektu memang kuat sentap..", ujar Sarafina selamba.

Nura hanya menggelengkan kepala. 'Adik dan abang sama aje..Tak sensitip lansung..', getus hati Datin Sri Nura Ashikin.

"Aiiiikkk..Belum tidur lagi bapak toyol nie..", ngomel Sarafina ketika masuk ke dalam bilik semula.

"Jangan ngomel..Dosaaaaa..Nak sangat ke anak tu rupa toyol???", sindir Tengku Syafiq Nazry.

"Awak cakap baik-baik ehk..Anak saya takkan serupa toyol, ok..", ujar Sarafina lalu baring ke atas katil.

'Anak umi mesti yang paling cantik atau hansem..Jangan dengar kata papa tu..', bisik hati Sarafina sambil usap perutnya. Dah masuk 8 bulan..bestnyaaaa..

Tetiba ada tangan memeluknya..Sarafina cuba tepis tapi tak berjaya..

"Asal, sayang??", tanya Tengku Syafiq Nazry lembut.

"Tangan awak KOTOR!!!!..Lepas lah..", bentak Sarafina.

"Pleeeeeaaaasse ah, sayang..Abang tak sentuh dia..Percayalah..Jangan macam nie lah, sayang..Abang perlukan sayang dan anak-anak di dalam hidup abang..Tolong jangan sisihkan abang..Pleeeeease..", rayu Tengku Syafiq Nazry.

Sarafina pejamkan mata..Pura-pura tidur..Malas Sarafina nak layan emosi Tengku Syafiq Nazry yang apa-apa aje.

"Hello..Boleh bercakap dengan waris Tengku Syafiq Nazry Bin Tengku Syafiq Aiman??", terdengar suara di corong talipon.

"Ya, saya isterinya..Ini siapa??", tanya Sarafina walaupun mata masih melekat di komputer.

"Saya Nurse Hamimah dari Hospital Besar. Saya hanya nak beritahu puan yang suami puan ada di hospital..Ada eksiden di site tadi..Kami dah cuba selamatkan..tapi..Allah lebih menyayangi suami puan..", ujar suara Nurse Hamimah mendatar.

"Apa???!!! Tidak mungkin..Awak tersalah orang..Suami saya ok aje tadi pagi...Tidaaaaaaakkkk!!!!...Abaaaaaang!!!!!", teriak Sarafina bersama sendu.

Terkejut Tengku Syafiq Nazry yang baru keluar dari bilik air bila terdengar jeritan Sarafina. Menjerit tapi mata masih pejam. 'Dah kenapa nie..', bisik hati Tengku Syafiq Nazry, risau.

"Fina!!! Fina, bangun!!! Bangun, Fina!!!", terdengar suara Tengku Syafiq Nazry kuat di telinga Sarafina.

Sarafina membuka matanya. Berkerut dahi Tengku Syafiq Nazry yang berada di sisi. Terus Sarafina peluk tubuh Tengku Syafiq Nazry yang sasa itu.

"Abang jangan tinggalkan Fina..Janji tau, abang..Jangan sesekali tinggalkan Fina..Janji!!!!!", ujar Sarafina sambil menangis di dada Tengku Syafiq Nazry yang tak berbaju itu.

"Ya..Ya..Abang janji..Fina mimpi apa sebenarnya??", tanya Tengku Syafiq Nazry sambil membelai rambut isterinya.

Sarafina menceritakan mimpinya sambil menitis airmata. Tengku Syafiq Nazry hanya memujuk isterinya supaya bertenang. Tersenyum bahagia Tengku Syafiq Nazry. 'Alhamdulillah..Dah pulih hati isteriku..', hati Tengku Syafiq Nazry bersyukur.

"Hey..Jumpa lagi dengan korang..Three Musketeers..2 dah memboyot..Eeeeiiii..Gemoknya korang..I masa mengandung tak segemok korang nie..Seorang belum lagi..Asal?? Kau memang mandul ke, Aina?? Kesian Tengku Syah Nazril..Hati-hati tau..Jangan sampai Tengku Syah Nazril cari lain..baru padan muka kau, Aina..", tetiba terdengar suara menjengkelkan di depan mereka.

"Apa masalah kau ehk, perempuan senteng??? Kita orang tak pernah usik pun hidup kau..Kau tu tak wujud tau di dalam hidup kitaorang..Asal pulak kau nie asyik cuba mengganggu ketenteraman hidup kami ehk??", sindir Aira pedas.

"Biasa ah..Jiwa kacau..Kurang kasih-sayang..Senteng katakan..", sindir Sarafina selamba lalu menyuap red velvet ke mulutku.

"Well..saja..By the way, amacam Tengku Syafiq Nazry..korang dah ok?? Thanks ehk kongsi dia dengan aku..Dia miss aku, tak??? Ada sebut nama aku masa tidur???..", ujar Rahayu menghangatkan suasana.

"Ok aje kitaorang..Well, biasa ah ada aje yang dengki dengan our happiness..Aku pula yang hairan kewujudan manusia cam kau..Suka sangat kat bekas orang..Dulu Yohannes Armand, si duda tanpa anak tu..Lepas tu kau sanggup jilat balik ludah kau sendiri..terkejar-kejar dengan Tengku Syafiq Nazry pula..Sampai sanggup aibkan diri sendiri..TAK BERMARUAH LANSUNG!!! Next siapa ehk mangsa kau??? Jijik sey piil kau..Memang dasar betina kot..", sindir Sarafina sadis pula.

"KAU!!!", bentak Rahayu kuat.

"Kau dengar sini ehk, betina! Kau sentuh Tengku Syafiq Nazry lagi sekali, aku tak ragu-ragu nak BUNUH KAU!!! Kau tu mati lebih baik..daripada hidup hanya menyakitkan hati orang..", bentak Sarafina kuat pula.

Tertoleh-toleh beberapa pelanggan kafe itu.

"Dahlah..Takyah layan deknie..Jom kita balik..Ada langau ah kat sini..", ajak Aira lalu bangun.

Aina diam sahaja sepanjang perjalanan pulang. Masih terngiang-ngiang kekata Rahayu tadi. 'Kau memang MANDUL ke, Aina??'. Mengeluh Aina sambil mengusap perutnya yang leper itu. Mengenang nasib takde anak lagi.

"Abang, Aina nak cakap sikit, boleh??", tanya Aina takut-takut.

"Boleh..Cakaplah..Abang dengar nie..", ujar Tengku Syah Nazril lalu membuka cermin mata dan meletakkan di depan keyboard.

"Abang tak teringin nak ada anak ke??", tanya Aina hati-hati. Takut menyinggung perasaan suaminya.

Mengeluh Tengku Syah Nazril lalu melangkah ke birai katil dan duduk di sisi Aina. Ditenung wajah isterinya.

"Nak juga..Tapi belum ada rezeki anak lagi..Nak buat camner..Sabar ajelah..", jawab Tengku Syah Nazril selamba sambil belai wajah isterinya.

"Abang..Abang..Aina izinkan kalau abang nak nikah lain..Asalkan abang ada anak..Kesian abang..", ujar Aina perlahan.

"AINA CAKAP APA NIE???!!!!", bentak Tengku Syah Nazril kuat.

"Aina ikhlas, bang..Mungkin Aina mandul..tu pasal dah hampir 3 tahun kita nikah, Aina tak hamil pun..Aina hanya mahu lihat abang bahagia ada anak..Aina redha..Kahwinlah..Abang mampu..", ujar Aina dengan nada sendu. Airmata dah mengalir.

Tengku Syah Nazril terus ambil bantalnya dan selimut. Masam mukanya. Dijeling isteri di sisi. Tak pernah terlintas di hati lelakinya hendak menduakan Aina.

"Abang nak ke mana???", tanya Aina terpinga-pinga sambil mengesat airmatanya.

"Tidur luar..Kat dalam bilik nie berbahang..PANAS!!!..", tegas Tengku Syah Nazril.

Makin deras airmata Aina melihat suaminya keluar dari bilik mereka. 'Maafkan Aina, bang..Aina hanya nak abang bahagia..Aina memang isteri tak guna..Anak pun Aina tak mampu kasi kat abang..', rintih hati Aina.

"Opocot!!! Asal deknie tidur kat sini pula???", tanya Tengku Syafiq Nazry pada Sarafina ketika mereka balik ke banglo keluarga Tengku Syafiq Nazry dan dapati Tengku Syah Nazril sedang nyenyak tidur di sofa.

"Entah..Ada soccer match kot malam nie..", jawab Sarafina ringkas sambil memimpin Syazril dan Syazlin yang masih mamai ke biliknya.

"Soccer match???..Nari takde match..memandai montel nie..", ujar Tengku Syafiq Nazry lalu melangkah ke biliknya.

"Asal semalam tidur kat sofa, Ril??", tanya Tengku Syahirah ketika sarapan.

"Mana ada...", jawab Tengku Syah Nazril ringkas. Pagi-pagi dia dah masuk bilik untuk solat subuh.

'Macamana mommy tau?? Aina beritahu ke??', bisik hati Tengku Syah Nazril. Dipandang Aina di sisinya. Aina hanya menunduk aje sambil mengunyah roti mentega bakar.

Berkerut dahi Tengku Syafiq Aiman bila mendengar kekata isterinya. 'Aina dan Tengku Syah Nazril ada masalah ke??', bisik hati tuanya. Dipandang pasangan itu. Memang nampak lain benar. Sugul aje mereka.

"Mommy, Naz ada hal nak cakap nie..", ujar Tengku Syafiq Nazry cuba mengalih perhatian Tengku Syahirah.

"Apa dia?? Cakap lah..", ujar Tengku Syahirah mendatar.

"Kami nak pindah..", ujar Tengku Syafiq Nazry tenang.

"WHAT!!!! For what??!!!", bentak Tengku Syahirah kuat. Tu dia suara hakim pencen dah terkeluar.

"Koooosssmangat awak nie..Abang boleh kena heart attack tau camnie..", tegur Tengku Syafiq Aiman sambil urut dada.

"Sabar, mommy..Kami dah beli rumah sebelah nie..Aunty Kalsom kan nak migrate to Ireland..so, kami beli..SURPRISE!!!", ujar Tengku Syafiq Nazry ceria.

"SURPRISE NENEK HANG!!!", jawab Tengku Syahirah lalu mencebik.

"Siapa yang panggil ninda tu???? Assalammualaikum..yuhuuuu..Iraaaa..", tetiba terdengar suara seseorang di pintu utama.

"Eeeerrrrkkkk.."

"Bonda!!!!..Waalaikumsalam..Baru sebut dah timbul..Cam fairy god-mother..Masuk lah, bonda..", ujar Tengku Syahirah sambil tersengih menyambut kedatangan bondanya.

"Masin mulut mommy korang..Baru sebut, dah terjengol orang tua tu kat pintu..tu baru betul punya surprise..", bisik Tengku Syafiq Aiman lalu ketawa.

Terkekek mereka yang kat meja makan. 'Iiiiissshhkk orang tua tu mesti mengutuk aku depan anak-menantu..Sukalah tu..', bisik hati Tengku Syahirah.

"Tengku Syafiq Aiman!!!! Mana anakanda???!!!!", teriak Tengku Suhana kuat sambil meninjau ruang tamu. 'Ira memang pandai ubah-suai rumah..Kemas dan teratur..', puji hati tua Tengku Suhana.

"Eeerrrkkk..Kat sini..Helloooo, darling! Long time no see..Surprise!!!", usik Tengku Syafiq Aiman pada ibu mertuanya lalu dipeluk erat tubuh tua itu sambil ketawa riang.

"You don't speaking London with me..Asal tak jenguk bonda masa kat Kelantan tempohari???", tegas Tengku Suhana lalu duduk di atas salah satu kerusi di situ. Diletak tongkatnya ke sisi.

"You know me..Busy ah, bonda..Gi Kelantan bukan shopping hooraay hooraay tau..meeting sana-sini..very busy..no time!", ujar Tengku Syafiq Aiman sambil tersengih.

"Ada aje kamu..so, ini lah cucu menantu bonda, iya??", tanya Tengku Suhana mesra.

Aina menyalam dan dicium tangan tua tu lalu senyum paksa. Lepas tu Sarafina pula.

"Yup..Isteri Tengku Syah Nazril, si Aina Rodrigue..mek Kelate tu..tapi, geragu..Isteri Tengku Syafiq Nazry, si Fina..dia orang KL nie..", Tengku Syafiq Aiman memperkenalkan.

"Isteri Tengku Syafiq Nazry nie bonda dah kenal..isteri arwah dulu..Subur budak nie..Dah sarat nie..", ujar Tengku Suhana sambil memeluk Sarafina erat.

"Aina, belum ada apa-apa ke???", tanya Tengku Suhana. Tertunduk Aina. Sedih.

'Asal semua orang tanya benda yang sama?? Sedih tau aku..', rintih hati Aina.

"Takpe..Takpe..Dulu ninda pun 10 tahun nikah baru dapat Tengku Sakinah, kakak mommy korang..So, don't worry..Ada lah nanti..Sabar ya..Banyakkan doa..", nasihat Tengku Suhana selamba. Dia memahami perasaan Aina. Dulu dia pun begitu.

"Dengar tu!", bisik Tengku Syah Nazril pada isterinya. Sinis gitu. Tertunduk Aina sambil mengesat airmata.

"Riiiiilll!!!", ujar Tengku Syafiq Aiman perlahan.

"Bonda asal datang tetiba?? Tak habak kat cek pun..Menciiiii aaah..", tanya Tengku Syahirah sambil mencebik tapi tetap mencedokkan bubur kacang hijau ke mangkuk dan diletak di depan bondanya.

"Takyah nak menci terus..Dengar dulu cerita mami, combi..Issshhkk asal loghat Penang aku nie?? Ini semua Ira punya onar..Iiiissshhkk..Anak Tengku Syamsul tu..nak masuk universiti kat sini..Bonda hanya temankan pasal Rohana tu outstation ke Brunei. Biar dia duduk apartment bonda dulu..Tu yang bonda uruskan semua bersama Tok Mat..", ujar Tengku Suhana.

"Tok Mat??? Asal tak diajak masuk Tok Mat tu?? Mana dia??", tanya Tengku Syafiq Nazry pula.

"Tok Mat ada meeting kat Putrajaya..entah siapa orang tua tu nak jumpa..Biarkan duda terlajak laris tu..", jawab Tengku Suhana tentang abang tirinya, Tengku Mahat.

"Asal tak suruh dia duk sini aje..Ada bilik ekstra tu..Si Tengku Syafiq Nazry dan Aina pun lusa dah nak pindah, bonda..Sunyi Ira nanti..Dah kurang anak..Tinggal Tengku Syah Nazril dan Aina je peneman Ira kalau abang outstation..", ujar Tengku Syahirah sayu.

Tengku Suhana mengeluh. Dia memahami perasaan anak bongsunya itu. Dia pun sendiri hanya tinggal bersama abang tirinya, Tengku Mahat serta orang gaji, drebar dan tukang kebun. Anak-anaknya hanya tiga orang sahaja dan dah lama pindah dari banglo pusaka itu

"Lah..Dah nak pindah?? Asal nak pindah?? Tak suka duk dengan mertua ke, Fina??", ujar Tengku Suhana pula lalu disuap bubur ke mulutnya.

"Alaaaah..Pindah sebelah rumah aje, ninda..Tak jauh mana pun..", ujar Tengku Syafiq Nazry selamba.

"Laaaahhh..ingatkan pindah lain kawasan..Buat saspen aje..Bagus jugak suruh si Syahrul tu duk sini aje..Nanti bonda beritahu Syamsul dan Rohana..Ada juga orang yang jaga makan-minum-pakai Syahrul..Kurang risau bonda nie..", ujar Tengku Suhana lagi.

Jadi, berpindahlah Sarafina ke banglo sebelah. Lat dua minggu mereka buat housewarming dan Tengku Syahrul Iman berpindah ke bilik mereka dulu di rumah mertua Sarafina.

"Hansem jugak ehk sepupu kita tu..cam Shah Rezza..Ya Salaaam..hehehe..", bisik Aina teruja.

"Budak tu wey..boleh jadi anak ikan kita..iiiiissshhhhkkk..", ujar Aira. Terketawa mereka bertiga.

"Dorang bertiga nie kalau dah berkumpul, mesti gosip..tak abis-abis gosip!!", ngomel Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sambil mencebik.

"Datuk jeles lah tu..", ujar Sarafina pada Professor Datuk Dr Taufiq Farhan yang dah tersengih tu.

"Hai!!!", sapa Syahrul.

"Haiiiiiiii!!!", balas mereka bertiga dengan nada ceria.

"Gatal!", komen Tengku Syafiq Nazry sinis.

"Tengku jeles lah tu..", ujar Aina pula.

"Saya, Tengku Syahrul Iman..Panggil 'Syahrul' aje..Kalau nak panggil 'Iman' pun ok..Kita semua sepupu kan, kan??", ujar Syahrul mesra.

"Betul..Betul..Betul..", jawab mereka bertiga cam Upin dan Ipin.

Syahrul terus duduk bersama..Berceloteh sakan bersama mereka bertiga. Tengku Syafiq Nazry menggelengkan kepala. 'Sekepala si Syahrul nie dengan dorang bertiga..', getus hati Tengku Syafiq Nazry.

"Semacam aje budak tu ketawa sakan dengan Aina..", ujar Tengku Syah Nazril tetiba.

Tengku Syafiq Nazry pandang Professor Datuk Dr Taufiq Farhan. Professor Datuk Dr Taufiq Farhan pandang Tengku Syafiq Nazry.

"Lain macam aje komen kau, Ril..Cemburu ke?? Budak tu bukannya berbual dengan Aina sorang..kan ada dua mak buyung tu sekaki sama..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan pula bila melihat wajah cemberut Tengku Syah Nazril.

"Cemburu??? Mana ada..Aku hanya tak sedap hati aje..Betul ke dia sepupu kita, Naz?? Tak pernah nampak pun sebelum ini..", komen Tengku Syah Nazril pula.

"Yelah tu..Mana nak nampak..Dia duduk Ireland masa tu..kan uncle Syamsul mengajar kat uni sana..Apalah kau nie..", ujar Tengku Syafiq Nazry ringkas.

"Gembira sakan you tadi..Untunglah orang tu, kan??..", sindir Tengku Syah Nazril pada Aina yang sedang menyapu losyen ke tangan.

"Mesti ah gembira..BFF dah pindah rumah sebelah..Cantik pula dekor..After this, boleh lepak bersama Fina selalu nanti..", ujar Aina ceria.

"Jangan lupa tutup lampu nanti..", ujar Tengku Syah Nazril sambil tepuk bantalnya kuat-kuat.

"Eeehh ehk deknie..sentap lak dah kenapa..Datang bintang ke??..Tahulah saya nak tutup lampu tu..Dah selama ini kerja saya pe..", ujar Aina bingit.

"Syahrul ambil course apa kat uni???", tanya Aina waktu bersarapan.

"Accountancy, kak Aina..", jawab Syahrul ringkas.

"Ooooohhh..Kalau ada mana-mana syllabus tak faham, jumpa aje kak Fina tu..Dia tu pelajar cemerlang kat uni dulu..Dia seorang akauntan..Surely problem settled..Akak hanya ambil Accountancy di peringkat diploma aje..Bila di peringkat ijazah, tukar ke HR..hehehe..bersimpang jauh..", ujar Aina.

"Tu dah bagus..Konfirm minta tolong kak Fina tu..Dia tu memang montel dari uni ke??", ujar Syahrul ceria.

"Shhhhh..Hang jangan cakap camtu depan Tengku Syafiq Nazry tau bab montel isteri dia..Meroyan tau..Haah..Sarafina dah camtu badan dia sejak azali lagi..tapi, otak dia genius..tak slow cam kak Aina..hehehe..", ujar Aina sambil tengok kiri dan kanan. Takut Tengku Syafiq Nazry tetiba muncul. Nanti dengan dia sekali kena tahan Tengku Syafiq Nazry meroyan.

"Cakap, cakap juga..Makan, makan juga..Cepat makan..nanti lambat ke uni pula, Syahrul..", tegur Tengku Syahirah.

Ternampak kelibat Tengku Syah Nazril meluru ke pintu utama. 'Dah kenapa pulak tu??', tanya hati Aina pelik.

"Ril!!! Ril!!! Tak sarapan dulu??", teriak Tengku Syahirah kuat. Bergema ruang makan.

"Dah lambat, mommy..Ada meeting at 9.30am..Sorryyyy..Byeeeee..", balas Tengku Syah Nazril lalu berlari ke kereta.

Panas hatinya mendengar perbualan Aina dan Syahrul. Terus hilang selera nak bersarapan.

Tengku Syafiq Aiman memasukki ruang makan lalu duduk di kerusi bahagian kepala meja..maklum ketua keluarga..Dicicip kopi o. Dibuka suratkhabar. Santai sahaja.

"Aiiiikkk..Abang lagi ada kat rumah??? Kan ada meeting kul 9.30 pagi..Tengku Syah Nazril dah ke pejabat tu..Abang cabut ke?? Santai aje Big Boss..", tanya Tengku Syahirah yang baru keluar dari dapur dengan seteko milo panas.

"Bila masa si Hawa tu inform awak agenda pejabat saya??? Mana ada meeting minggu nie..Jumpa klien pon during lunch..nari takde..lusa baru ada kat Marriot..Awak nak ikut ke? Maklum, ex-boifren awak kan chef kat situ..Siapa nama pailang tu?? Hah! Mark Ng..", ujar Tengku Syafiq Aiman sambil mengusik.

"Chef Mark Ng??? Dia bukan ex saya laaaaahhh!!! Si minion tu dikenenkan kat kita pula..Maklum BFF dia..Menci aaah!!", rungut Tengku Syahirah. Merajuk.

Mark Ng tu rakan baik suaminya sejak uni dulu. Suka mengusiknya dengan meletak macam-macam binatang getah kat dalam bagnya setiap kali Mark visiting..Terpekik-pekik Tengku Syahirah masa tu.

"Abis kalau tak nak ikut, asal? Dah mula nak spy on me ke??? Tak abis-abis skodeng kita..", ujar Tengku Syafiq Aiman sambil mengusik lagi.

"Mommy..Daddy..Aina pergi kerja dulu..Syahrul kalau nak akak hantar, cepat sikit..", ujar Aina lalu melangkah keluar ruang makan. Syahrul mengikut dari belakang.

"Saya rasa mereka ada masalah, bang..", ujar Tengku Syahirah.

"Masalah apa??", tanya Tengku Syafiq Aiman lalu menyuap makaroni goreng ke mulutnya.

"Nanti saya risik Aina tu..", ujar Tengku Syahirah.

"Awak jangan memandai..Biar Aina datang kat awak..Awak jangan kepo lak..", ujar Tengku Syafiq Aiman.

"Mommy!!!! MOMMY!!!!", tetiba terdengar teriak Tengku Syafiq Nazry.

Bergegas Tengku Syahirah ke pintu.

"Asal nie???", tanya Tengku Syahirah bila melihat wajah cemas anaknya.

"Fina jatuh kat bilik air..Cepatlah, mommy..", ujar Tengku Syafiq Nazry cemas lalu lari ke rumahnya semula.

"Macamana boleh jatuh..???", tegas Tengku Syafiq Aiman yang berlari di belakang isterinya.

Tengku Syafina Nameerah Binte Tengku Syafiq Nazry. Nama anak Sarafina bersama Tengku Syafiq Nazry. Comel betul. Alis lebat. Bahagia Sarafina tengok muka anaknya.

"Maaf, Tengku..Boleh ke bilik saya sebentar..ada nak cakap sikit??", ujar Dr Malinda Kaur.

"Apa dia, doktor??", tanya Tengku Syafiq Nazry sambil ditemani mommy dan daddynya.

"Olehkerana hentakan kuat pada punggung isteri Tengku, harapan untuk ada anak lagi amat tipis..Saya tak kata lansung tak boleh hamil isteri Tengku tapi, the chances very slim..Peranakan dia sangat lemah due to that..Kes macam nie, berlakunya ulang hamil adalah 1 di dalam 100..Saya harap Tengku sekeluarga faham..", ujar Dr Malinda Kaur prihatin.

Tengku Syafiq Nazry hanya mengangguk sahaja bererti faham. 'Macamana nak beritahu Fina nie..??', tanya hati Tengku Syafiq Nazry.

"Sabar banyak-banyak, Naz..", nasihat Tengku Syafiq Aiman.

Bila Tengku Syafiq Nazry memberitahu Sarafina, luluh hati Sarafina. Sarafina teringin keluarga yang besar..begitu juga Tengku Syafiq Nazry..

"Abang tipu Fina kan, kan??", ujar Sarafina seakan menafikan kebenaran.

"Tak, sayang..Abang tak tipu..Takpelah..Kita dah ada Syazril, Syazlin dan Syafina..Dah cukup bagi abang..", ujar Tengku Syafiq Nazry cuba memujuk Sarafina.

Sarafina menangis sekuat-kuatnya di dalam pelukan Tengku Syafiq Nazry.

"Why, abang??? Why mesti Fina??? Apa salah Fina???", rengek Sarafina. Tengku Syafiq Nazry hanya mampu bersabar.

"Syyyuuuuhhhh..Sabar, ok..Takdir Tuhan kan??? Sabar..Abang ada..Everything will be ok..Syyyuuuuhhh..", pujuk Tengku Syafiq Nazry sambil memeluk isterinya erat.

"Kalau Fina tak kelam-kabut pagi tadi,..tentu benda nie tak jadi camnie, kan?? BODOHnya, Fina!!!..Asal cemerkap nah!!!", ujar Sarafina memarahi dirinya sendiri.

"Tidak, sayang..Ini semua dah takdir..Sabar, ok..", pujuk Tengku Syafiq Nazry lagi.

"Kau ok ke tak nie??? Jangan sedih..Kau kan Doreamon aku..hilang comel nanti", ujar Aina sambil tersengih bila melawat Sarafina.

"Ok aje..Mana Aira??", ujar Sarafina sambil tercari-cari adik iparku.

"Kau beranak..Dia pun nak beranak juga..Takmo kalah..Ada kat bilik hujung tu..Terlari-lari aku ke sini..ke sana..Asal tak share bilik aje..Letih tau..", ngomel Aina.

"Aina, Aira cari tu..", ujar Tengku Syah Nazril dari depan pintu bilik Sarafina.

"Masuk lah..Buat pe tercegat kat pintu aje..", pelawa Sarafina.

"Aku..Aku..", tersekat-sekat kata Tengku Syah Nazril.

"Asal kau, Ril?", tanya Tengku Syafiq Nazry curiga. 'Dorang masih gaduh ke apa nie??', tanya hati Tengku Syafiq Nazry.

"Takyah masuk..Awak tu BUSUK!! Pergi bilik Aira tu..Nanti saya ke sana..Eeeeiiii..BUSUK LAAAAH!!!", bentak Aina kuat. Geli-geleman dia rasa.

"Kau nie..mana ada busuk..ok aje udara bilik aku..", ujar Sarafina. Mulut dah muncung sedepa. Sentap. 'Aku ke yang busuk nie??', bisik hati Sarafina.

"Entahlah sejak last week..bila Tengku Syah Nazril ada aje, aku terbau benda BUSUK..Kuat betul bau busuk tu..dah macam bangkai tikus tau..Bau badan dia kot..", komen Aina selamba.

"Kau nie mengandung ke???", tanya Sarafina curiga. 'Lain macam mek nie', getus hati Sarafina.

"Mana ada..aku kan MANDUL..si Rahayu kata pe..Kau tak dengar ke..Dia cakap depan-depan pe..", ujar Aina sambil mencebik. Dia sedar diri.

"Yang kau pergi percaya cakap betina tu buat pe??? USE YOUR BRAIN!!! Asal BENGAP sangat kau nie..", bentak Tengku Syafiq Nazry kuat.

'Eeeeh ehk deknie..yang nak sentap, asal ehk..', getus hati Sarafina.

"Asal kau marah aku, Naz??", ujar Aina perlahan sambil mengesat airmatanya.

"Laaaaah..Yang kau nangis asal, Aina??? Naz tu kan memang mulut puaka pe dari azali lagi..Syyyuuuuuhhhh..Jangan nangis..Buruk ah Suzuka aku nie..Iiiiisssshhhkkk..Abang pun satu..Yang pergi bentak Aina asal?? Nak cari pasal dengan Tengku Syah Nazril ke??", ujar Sarafina bengang dengan suaminya.

"Asal nie??? Aina, asal menangis???", tanya Tengku Syah Nazril yang muncul di muka pintu.

"Naz marah Aina..Dahlah..Jauh..Jauh..Awak BUSUK aaaahhh!!!", ujar Aina bila Tengku Syah Nazril cuba mendekat. Sambung menangis. Dia sendiri tak tahu mengapa dia emo sejak kebelakangan ini.

"Kau asal, Naz??? Asal buat isteri aku sampai nangis sakan?? Apa yang kau TAK PUAS HATI SANGAT!!!!", bentak Tengku Syah Nazril kuat pula. Mencerlung matanya merenung tajam adiknya itu.

"APA PULA AKU YANG SALAH!!!", bentak Tengku Syafiq Nazry pula.

"Adooooiiiii..Korang nie..Gamat bilik aku nie tau..Kalau nak gaduh, KELUAR!!!", ujar Sarafina dengan nada berang.

"Asal pula niiiiiie?? Naz, Ril, Aina, Fina???", tanya Tengku Syahirah di belakang Tengku Syah Nazril.

"Abang tu BUSUK lah, mommy..Jangan kasi dia dekat Aina..BUSUK!!!", ujar Aina menekup hidung.

"Busuk??? Mana ada..Wangi aje..Aina mengandung ke??", ujar Tengku Syahirah terpinga-pinga.

"Dulu masa mommy mengandungkan Tengku Syah Nazril, daddy pun dikata BUSUK..sedangkan setengah botol habis minyak wangi..Bila tak pakai minyak wangi, eeeehhhkkk mommy melekat kat daddy cam takmo lepas..dikata wangi pula..Entah-entah Aina mengandung tu..Cuba pergi check..", ujar Tengku Syafiq Aiman tenang.

"Hah!!! Dengar tu!!! Go and check..Lupakan kata betina tu..", tegas Tengku Syafiq Nazry.

"Betina mana??", tanya Tengku Syah Nazril.

"Si Rahayu..Ada cakap isteri kau mandul..Dektu bukan doktor tapi arkitek..memandai aje kata orang mandul..Isteri kau pula percaya kata betina tu..Tu yang aku bentak dia tadi..BENGAP!!", ujar Tengku Syafiq Nazry dengan nada sinis.

"Naaaaazzz..", tegur Tengku Syafiq Aiman. 'Macam-macam anaknya itu..', keluh hatinya.

"Abang jauh ehk..Jangan dekat..Abang BUSUK tau..Biar Aina jumpa doktor sendiri..", ujar Aina cuba melangkah keluar..Dah macam ketam pula si Aina..Lucu pula Sarafina tengok tapi, ditahan ketawanya.

"Asal pula abang takleh ikut??? Mommy???", rungut Tengku Syah Nazril sedih.

"Kau pergi ah mana-mana mall..Beli baju lain..Lepas tu tukar..Jangan letak minyak wangi..Abis cerita pe..Itu pun nak kena ajar ke..Iiiissshhkk..Dah kena lah nie..Si Bengap dengan si Bingai..", ujar Tengku Syafiq Nazry sinis.

"Aina tunggu sini dulu..Jangan pergi mana-mana..Tunggu sampai abang datang..Abang tukar baju dulu..", arah Tengku Syah Nazril lalu segera keluar.

YES! Aina mengandung enam minggu..Alhamdulillah.

"Tu lah kau..Suka nah percaya cakap orang lain..Mengandung juga kau akhirnya..", ujar Aira sambil mengunyah cupcake.

"Finaaaaa!!! Sudah-sudahlah makan kek tu..Dah comot tu..", bentak Tengku Syafiq Nazry kuat.

"Dektu tak hilang ehk baran dia tu..Asyik membentak aje..Anak dah tiga tau..Nasib baik Fina tu penyabar orangnya..Kalau aku, dah kena karate..Hiaaaakkk..", komen Aira.

"Aira memang camtu..Sikit-sikit karate..", ngomel Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sambil memerhatikan si kembar.

"Alaaaaaahhh..Kek nie sedap ah..Pandai Syahrul buat cupcake tu..Syahrul, akak nak order 100 cupcakes untuk next Sunday, boleh???", ujar Sarafina lalu dikunyah cupcakes coklat di tangan. Terkebil-kebil Syazlin melihat mulut uminya yang comot tu.

"Boleh..Nanti Syahrul buatkan..", ujar Syahrul sambil menyusun cupcake kat tempat bertingkat milik Tengku Syahirah.

"Hey!!! Yang kau layan si debab nie apahal??? Fina nak buat apa cupcakes banyak camtu???", bentak Tengku Syafiq Nazry pula.

"Next week turn kembar Aira birthday pula..50 cupcakes sebagai hadiah..50 cupcakes Fina nak makan sendiri..Sedaaaap aaaah..", ujar Sarafina ceria sambil menikmati cupcakes bersama anaknya, Syazlin.

"Bila sayang nak kurus ehk kalau makan camnie???", keluh Tengku Syafiq Nazry perlahan.

Hwuuuuaaaaarrrr..Hwuuuuaaarrrrr..
Bukan budak kecil menangis tapi, mak budak yang melalak. Makin terkebil-kebil Syazlin melihat uminya yang comot tu menangis. 'Semua orang dewasa camnie ke??', bisik hati kecil Syazlin.

"Fina!!! Fina!!! Asal menangis nie???", tanya Tengku Syahirah cemas.

"Abang kutuk badan Fina, mommy...Hwuuuuuaaaarrrrr..", rengek Sarafina.

"Abang Naz asal hina badan Fina??? Tak puas hati ke apa???", bentak Aira kuat sambil dipeluk bahu Sarafina.

Tersengih Professor Datuk Dr Taufiq Farhan..Teringat pertama kali jumpa isterinya..Tuduhan sama dilemparkan padanya..

"Yang Datuk tersengih asal?? Nak kena karate ke?", tanya Aira bila terpandang sengihan suaminya. 'Buang tebiat si tua nie..', getus hati Aira.

"Saya terkenang cinta pandang pertama, Datin..Isu sama camnie..Cik Singa mengaum..Comel gitu, Datin..I liiike..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan sambil tersengih dan mengenyit mata.

"Stop it ehk, abang!!! Tak kelakar tau..", ujar Aira tersipu-sipu. Malu sey kenang kisah itu.

"Hello..Hello..Aku yang melalak..Remember??? Siapa nak pujuk nie??", tanya Sarafina.

"Abang Naz pujuk lah!!! Malas ah nak pujuk kakak ipar sesengal kau, Fina..TAK KUASE MAK..", ujar Aira lalu kembali semula ke sisi Aina yang sedang mengunyah mangga muda.

"Tak kuasa abang Naz nak pujuk si montel nie..Ada aku kisah DOREAMON nak melalak..Gi cari Nobita, suruh pujuk..Macam budak-budak..", ujar Tengku Syafiq Nazry lalu beredar dari situ dan menuju ke arah kolam renang di mana Syazril dan Amzah sedang berenang bersama Tengku Syafiq Aiman.

"Umi Fina jangan sedih tau..Fiqah pujuk ok..", pujuk Taufiqah yang sudah duduk di sisi Syazlin yang selamba makan cupcakes..Tak tersentuh lansung dengan drama uminya itu.

"Weeeeyyy!!! Ada ah tukang pujuk..See..See..Fiqah nak hadiah apa next week??? Barbie's car??? Barbie's house?? Umi belikan..Cakap apa je..", ujar Sarafina.

"Hmmmm...Tiket Universal Studio, boleh???", tanya si cilik.

"Ituuuuu atuk-nenek nak hadiahkan...Syyyyuuuuhhhh..", ujar Sarafina bocor rahsia.

Terus berlari Taufiqah menuju Tengku Syahirah lalu dipeluk erat neneknya itu. Terketawa kuat hakim pencen itu dengan apa yang cucunya beritahu.

"Asal tu??", tanya Aira bila Sarafina duduk di sisi. Mulut yang comot sudah dibersihkan.

"Daddy dan mommy hadiahkan Taufiqah dan Amzah tiket Universal Studio..plus flight ticket ke Singapura ah..", jawab Sarafina selamba.

"WHAT???!!!!", teriak Professor Datuk Dr Taufiq Farhan dan Aira kuat.

"Iiiiiisssshhhkkkk..Pokai ah aku camnie..", ngomel Professor Datuk Dr Taufiq Farhan.

"Datuk nie..kedukut ah..Setakat Universal Studio Singapore aje..bukannya Florida..Sumbang sikit kat ekonomi negara jiran..", usik Sarafina.

"Yelah tu..Abis, siapa nak sumbang pada ekonomi aku nie..Datuk pun kekadang sesak tau..Aku sorang je yang bekerja..BFF korang duk goyang kaki je..", ujar Professor Datuk Dr Taufiq Farhan.

"Mommyyyyy!!!!", teriak Aira sudah berlari ke arah Tengku Syahirah.

'Nak ngecek hadiah sama lah tu..', getus hatiku.

"Takde..Takde..Aira dan Han beli sendiri..Tak malu ke minta mommy dan daddy..", kedengaran suara Tengku Syahirah tidak mahu sponsor anak-menantunya ke Singapura.

"Aina..Fina..Camner nie??", ujar Aira separuh merengek.

"Kau suruh aje daddy dan mommy teman kembar kau tu..kau dengan Farhan honeymoon kat rumah je..Abis cerita..", ujar Tengku Syafiq Nazry selamba.

"Haah..Boleh process nombor empat..", usik Tengku Syah Nazril pula.

"Korang memang dengki kat adik korang yang cun nie kan??? Mana boleh mommy dan daddy pergi..Aku pun teringin nak ke Universal Studio Singapore tu..", ujar Aira pula.

"Macam budak-budak..", serentak Tengku Syah Nazril dan Tengku Syafiq Nazry komen.

"Bukan dulu awak pernah duk Florida setahun ke ikut ninda?? Tak cukup ke Universal Studio kat sana??", usik Professor Datuk Dr Taufiq Farhan.

"Itu masa saya 6 tahun..mana sama, Datuk oooiiii..", jawab Aira.

Terketawa semua orang kat situ..Makin sedepa mulut Aira dimuncungkan.Suka Sarafina tengok kebahagiaan keluarganya semua.